Assalamualaikum readers
Taipei, Taiwan 2018 : Chiang Kai-Shek Memorial Hall | Bersambung semula dalam entri peram. Nina dan Anies tiba di TMS pukul 1.00 PM dan kami ada masa kira-kira 2 jam di Taipei, eloklah kami habiskan hasrat masa yang ada dengan 'menyinggah' ke tempat-tempat famous berdekatan. Tempatnya senang dituju, naik MRT dah sampai.
|
Laluan ke stesen MRT. Ikut signage. In shaa Allah tak sesat punyalah! |
|
Entrance / exit CKSMH MRT Station |
Salah satunya Chiang Kai-Shek Memorial Hall (CKSMH). Salah satu tourist attraction wajib singgah bila sampai Taipei. Nak ke CKSMH ni sangat mudah. Naik MRT dan turun di CKSMH Station. Jalan kaki 5 minit dah sampai. Tempat ni popular dan figura orang yang bernama Chiang Kai-Shek tu sendiri memang dah tersohor.
|
Nampak papan tanda ni bermakna dah sampai! |
|
Pintu gerbang CKSMH. Nampak dari jauh macam kecik kan? tapi bila dah berdiri dekat-dekat. Tinggi uuollsss!! |
|
Posing kaki lemahhh! Box oren tu wajib bawa ke mana-mana! Haha.. Kalau lapar benti duduk dan ngap. |
Kawasan CKSMH ni sangat luas. Lebih kurang macam stadium. Di kelilingi 3 binaan unik dan penuh ciri-ciri Oriental serta pintu gerbang. Kami tak terjah pun setiap binaan. Penat nak berjalan dari satu bangunan ke bangunan lain. Cuma kami berdiri di tengah-tengah dataran dan ambil gambar.
|
National Theater. Nampak macam sama dengan National Concert Hall kan tapi sebenarnya tak serupa pun |
|
Taman bunga berdekatan pintu gerbang. Nampak macam lavender tapi bukan |
|
Seksa nak ambil gambar dengan bunga lavender ni. Kena mengensot atas rumput tu sebab papan tanda tulis dilarang pijak tapi mengensot boleh. Nasib tak ada taik anjing. Hahaha... |
|
National Concert Hall |
|
CKS Memorial Hall. Wajib ambil gambar ni sebab kat tempat lain tak ada. Kami tak masuk pun dalam bangunan tu sebab jauh nak berjalan dan kejar masa. Dataran CKSMH ni sangat luas. Syukur cuaca tak panas. Senang nak posing macam-macam gaya hari tu. Haha... |
Setengah jam kat sini, puas hati dengan selfie pose maut masing-masing, kami pun beredar ke tempat lain. Ada 1 lagi tempat kami nak tuju sebelum kami tinggalkan Taipei.
|
Peta laluan MRT |
|
Tunggu MRT nak ke manaaa?? |
|
Ini la rupa jamban di Taipei. Bersih, tiada bau dan tiada sampah tisu toilet |
Salah satu nak survive di Taipei ni kena ingat peta MRT. Takut nanti tersalah stesen. Naya Pak Karim! Haha.. Paling salute mana-mana stesen konpem toilet bersih uollsss.. Setakat ini saja perkongsian di CKSMH. Jumpa lagi di next entri. Banyak episod suka dan duka travel kali ini.
wah btul2 throwback ni hehehe... ok bole buat rujukan klu nak ke taiwan :)
ReplyDeletems ni bekas oren tu dah kosong ke belom?😁😁😁😁
ReplyDeletebelum kosong lg
Deletetak singgah lagi kesini
ReplyDeleteKenangan indah travel 2018! Masih terpahat kukuh dalam memeri
ReplyDeletehehe...posing kaki lemah....zmn anak dara...
ReplyDeletesyukur sgt smpi sini x ramai or org org tgh berdemo ke... rezeki kite...
ReplyDeletewah bestnyaaa
ReplyDeletePergh!! Kaki kena kuat ini kalau nak jalan ke semua bangunan yang ada.. luas betul kawasan dia..
ReplyDelete