29 Oct 2021

Resepi Daging Dendeng

Assalamualaikum Readers


Resepi Daging Dendeng | Mungkin ini masakan last yang Nina masak sebab isnin ini start kerja, anak cirit birit tak baik lagi, blog mungkin weekends baru dapat tengok. Bertabah lah. 1st time masak dari resepi mak. Laku keras tak sampai malam dah habis lauk 😅


Daging Dendeng


Bab masak daging ni agak malas sikit sebab nak masak daging hingga empuk dulu. Sejenis tak suka makan daging liat. Daging dendeng berasal dari Indonesia. Kalau tak ada idea nak masak boleh try. 


Cili kering boleh tambah kalau makan pedas

Air rebusan daging boleh simpan buat stok untuk goreng nasi, mee, bihun


Bahan-bahan :


1 kilo daging

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

4 tangkai cili kering

*bawang dan cili kering diblend

1 cm halia

Garam & gula secukupnya

1 sudu besar sos tomato

2 sudu besar kicap manis

2 biji buah keras - ditumbuk halus




Cara Memasak :


1. Rebus daging sehingga empuk dan toskan.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend.


3. Masukkan daging, sos dan kicap masak sehingga pekat. Siap untuk dihidang.

12 comments:

  1. suka masakan daging yg berkuah mcm ni..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap tu....alahai..kenapa Harraz cirit birit tu...

    ReplyDelete
  3. dendenggg sedapp ni
    cicah roti pun sedap

    ReplyDelete
  4. Wah.. Dah start keje. Hepi working Nina. Jaga diri ye.

    ReplyDelete
  5. Betul itu tidak suka daging liat.
    Wah sedap sangat sampai malam dah habis lauk.
    Selamat memulakan kerja. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya daging dendeng. Nak buat tu agak leceh tapi sekejapan je makan habis licin :)

    ReplyDelete
  7. akak tak pernah masak ni, nina.
    kurang arif masak masakan daging.
    tang daging tu yg tak brape jadik la.
    ayam. ikan. ok.

    tapi dendeng ni favourite.
    makan dgn ketupat. terbaik!

    ReplyDelete
  8. Dapnyaaa.... Fav ni ❤️❤️❤️ nina dpt keja kt mana tu

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaa. favorite niiii.. nnti nk buat lah

    ReplyDelete
  10. Sedapnya daging dendeng.. meh hantar sini sikit.. hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com