Assalamualaikum readers
Siapa paling suka makan jenis-jenis kacang dalam dunia ni, dia lah manusia kategori paling sihat sebab dapat banyak khasiat dari kacang. Nina dari kecik suka semua jenis kacang hingga pregnant dan sekarang Harraz segala jenis kacang dia nak makan. Terus jadi mak kau hijau 😤 Agaknya sedap kot kacang-kacang yang dia makan sejak dalam perut 😂 Seeloknya beli kacang asli bukan yang diproses letak garam.
Jenis-Jenis Kacang |
Secara umum, terdapat lebih 40,000 jenis kacang yang didaftarkan di dunia. Terdapat 9 jenis kacang paling popular di dunia dan harganya agak mahal. Nina amalkan sejak mengandung dan alhamdulillah nampak khasiat tu pada anak, tak ada penyakit kulit setakat ini. Bijak pun ya.
#1 Kacang Badam
Kacang badam berasal dari Timur Tengah, tetapi AS kini menjadi pengeluar terbesar dunia. Badam mempunyai rasa lemak yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa lapar dan menurunkan kolesterol.
#2 Kacang Gajus
Berasal dari pokok gajus - pokok tropika dari Brazil. Kacang ini dijadikan makanan ringan atau makanan yang diproses.
Khasiat kacang gajus ialah ia mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan sistem imun dan bagus untuk kesihatan gigi dan tulang.
#3 Kacang Pistachio
Berasal dari Asia Tengah dan Timur Tengah. Merupakan keluarga pokok gajus. Satu fakta menarik ia dinikmati oleh manusia sejak 7000 SM lagi.
Manfaat kacang pistachio mengurangkan paras gula dalam darah, meningkatkan kolesterol baik dalam badan dan melancarkan sistem penghadaman.
#4 Kacang Macadamia
Berasal dari kacang pokok di Australia, kini ditanam di pelbagai negara Barat. Kacang ini digunakan untuk masakan, bakeri dan pastri. Ia dicincang sebelum dijadikan topping.
Kacang macadamia kaya dengan vitamin, mineral, serat, antioksidan dan lemak sihat. Mampu melindungi seseorang dari penyakit diabetes dan jantung.
#5 Kacang Pecan
Pecan ialah spesis kacang yang berasal dari Mexico utara dan Selatan AS. Sama kategori dengan kacang walnut tetapi lebih ranggup.
Digunakan dalam bakeri dan topping. Boleh dijadikan snek atau kudapan. Kaya dengan kalsium, magnesium dan kalium yang baik. Membantu menurunkan tekanan darah.
#6 Kacang Walnut
Sama seperti kacang pecan. Berbanding pecan yang rasanya manis, walnut agak pahit, namun masih enak dinikmati sebagai kudapan.
Banyak jumpa di dalam kek dari makan begitu saja. Manfaat kacang walnut ia boleh meredakan keradangan, mengurangkan risiko kanser dan menurunkan tekanan darah.
#7 Kacang Brazil
Pokok tertua di hutan Amazon, memang eksklusif! Tak pernah jumpa atau makan. Teksturnya yang halus serta rasanya yang berkrim, enak dimakan mentah atau dikisar.
Kebaikan kacang ini mengurangkan keradangan dan melindungi jantung, otak, serta imun badan.
#8 Kacang Hazel
Hazelnut, sejenis kacang yang berasal dari pokok Corylus. Kebanyakann kacang hazel ditanam di Turki, Itali, Sepanyol dan AS.
Khasiat kacang ia membantu menurunkan kadar lemak dalam darah, mengawal tekanan darah dan mengurangkan keradangan.
#9 Kacang Tanah
Kacang tanah yang ditanam di negara kita digunakan untuk kegunaan segar, macam kacang rebus dan kacang goreng. Selain itu, dijadikan minyak masak dan mentega kacang (spread) untuk roti.
Sumber lemak, protein dan serat yang sihat. Mampu melawaskan sistem penghadaman an sesuai dijadikan sumber tenaga.
Dalam banyak-banyak kacang, hanya kacang Brazil tak pernah makan. Tak jumpa di pasaraya pun. Conclusionnya, kesemua jenis kacang menurunkan kolesterol dan tekanan darah.
gajus plg sedap tp gajus jg antara kacang mahal🤭😁
ReplyDeletesemua dapp and semua pun suka
ReplyDeleteYa, kacang memang banyak khasiat, tapi tulah kalau mentah rasanya bland sedikit. Paling suka Pistachio dan almond
ReplyDeleteSemua jenis kacang tu saya dah pernah makan. Kacang brazil paling berlemak.
ReplyDeletetetiba sy teringat bubur kacang hijau hehehe
ReplyDelete