Assalammualaikum readers
Kemah Terlarang : Kesurupan Massal (2024) | Filem adaptasi kisah benar yang berlaku pada sekumpulan pelajar sekolah di Yogyakarta pada tahun 2016. Tragedi histeria beramai-ramai dan viral di Indonesia.
Sinopsis :
Mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Rini yang ingin mengikuti perkhemahan bersama beberapa peserta lain selama 3 hari di hutan Wana Alus yang dikendalikan oleh pelajar senior di sekolahnya.
Pada awalnya, aktiviti tersebut telah dilarang oleh ketua kampung setempat. Namun setelah dipujuk, Mbah Sonto memberi keizinan serta membantu mereka dengan menanam sesuatu sebagai tanda izin kepada 'tuan rumah' dan berjaga-jaga. Mbah Sonto memberi syarat-syarat yang perlu di patuhi dan pelajar tidak mengusik barang yang sudah ditanam termasuk mengoreknya.
Acara perkhemahan berjalan seperti yang dirancang dan meriah dengan pelbagai aktiviti pertandingan dan pementasan drama berkaitan lagenda Roro Putri. Ada beberapa pelajar mula berasa tidak selesa dan takut berada di kawasan perkhemahan. Seorang demi seorang pelajar mula dirasuk dan ramai mengalami kecederaan dan ada juga yang sukar dipulihkan.
Nak tau apa kesudahan pelajar-pelajar yang masih bernafas sehingga kini, kena tengok filem ini. Semasa pengambaraan juga ada banyak kisah misteri yang berlaku.
🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.