1 Feb 2025

Review Filem Sumala (2024)

Assalammualaikum readers


Review Filem Sumala (2024) | Filem ni di pertengahan mula terasa seram. Permulaannya sedih tengok hidup Kumala yang tidak disayangi oleh ibu bapanya. Mengharapkan kasih sayang orang gaji. Di adaptasi dari lagenda seram yang berlaku di daerah Semarang, Jawa Tengah.



Sinopsis :


Mengisahkan tentang Soedjiman dan Sulastri, sepasang suami isteri kaya yang mempunyai ladang jagung di desa terpencil itu pada tahun 1948. Kebahagiaan mereka diuji apabila 11 tahun perkahwinan masih belum dikurniakan anak. Soedjiman yang semakin terdesak mula mengugut Sulastri - jika dia tidak mengandung dalam masa terdekat, perkahwinan keduanya bakal menjadi kenyataan.




Tertekan dengan ugutan suaminya, Sulastri berjumpa bomoh ilmu hitam dan membuat perjanjian dengan iblis. Sulastri bakal melahirkan anak kembar - seorang lahir jelita dan baik budi, seorang lagi hodoh dan nakal. Mereka wajib membesarkan kedua-duanya dengan kasih sayang sehingga berumur 10 tahun. Selepas itu, anak yang hodoh akan diambil oleh iblis dan sebagai balasan, seumur hidup mereka akan bahagia. Jika gagal penuhi perjanjian, malapetaka akan menimpa keluarga mereka.


Tanpa berfikir panjang, Sulastri menerima syarat itu dan ritual dijalankan. Tiba waktu kelahiran, Soedjiman melihat wajah bayi bernama Sumala yang hodoh itu dan membunuhnya. Kembarnya, Kumala membesar sebagai gadis yang cantik namun dia tak sempurna. Kecacatan itu tak dapat diterima Soedjiman, rasa malu membuatkan dia tidak membenarkan Kumala rumah.


Kumala diseksa

Sumala rasuk Kumala untuk bunuh kanak-kanak yang membuli dan mengejek kembarnya


Beberapa tahun berlaku, Kumala membesar dengan kemarahan yang membara di dalam hati. Soedjiman dan Sulastri mula kejam dan menyeksa anak mereka. Kumala dihina dan dijauhi oleh ibu bapanya sendiri. Segalanya berubah pada hari ulang tahun ke 8, Sumala yang sudah mati datang dalam hidup Kumala untuk membalas dendam.


🌟🌟🌟🌟/10

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © 2025 cik sukα taip Designed by azhafizah.com