12 Dec 2012

Langkawi (Part 2)


Assalamualaikum semua.. sekali lagi aku curi-curi masa meng-update blog. Sudah masuk 8 hari kat Langkawi. Semakin hari semakin rindukan rumah, rindukan mak ayah, rindukan si dia. Tapi mereka buat-buat tak faham. Sedih jugak la hati nie. Oke la takmo touching, nanti hari-hari akan datang muka monyok ja. Dah la duduk jauh dari mereka yang tersayang. Back to story, ada satu kisah dimana kami berempat gatai pi mengorat pelayan hotel sampai dia duduk tak senang bila tengok muka kami. Amboii aku tak termasuk oke, cuma ikut menggedik ja. Bermula dari situ sampai ke malam nie, aku rasa tak baik main-mainkan hati dan perasaan orang. Apakah kesudahan cerita monkey ini. Jeng..jeng



Bakal seorang usahawan..



Hari Ke 4
- Hari menggatal bermula! Sebenarnya aku orang first yang perasan pelayan tu masa dinner hari pertama sampai kat hotel tu. Kesian jugak aku tengok si Nazirul, pelayan a.k.a budak poli yang praktikal tu, boleh tahan hensem jugak la. Last-last nenek 2 orang nie iaitu Qisy dengan Shira kenakan si sorang tu. Kesian wawa, jadi mangsa kami. Ini la part kena mengena. Seronoknya kenakan orang. Haha.. Dah 4 hari tapi aku tak rasa lagi boleh jadi usahawan yang berjaya. InsyaAllah latihan yang kami terima nie akan berguna satu hari nanti. Aminn.. Seperti biasa, tiap-tiap petang dihabiskan dengan beriadah kat dalam hotel tu. Takda masa nak lepak pi jalan-jalan sana sini. Nak jalan kena sewa moto pulak, memang muat nak angkut seramai 8 orang nie. So baik habiskan masa kat kolam tu. 



Qisy..dia la yg tulis note untuk pelayan tu. Haha

Bukan group aku. OKB (Orang Kaya Bergaya)

Ais kacang cool

Muka kekenyangan

Tenang waktu malam

Ready nak menyalin baru untuk aktiviti berendam. Lalala

Terencat sikit!

Kami sekepala! 2 kptm vs 2 kpm

Our fav tiap2 petang

Aksi2 yang terlampau seksi seksa

Penerjun tu macam kenal ja



Hari Ke 5
- Hari yang betoi-betoi rasa rugi. Sebab pakar motivasi kami ajar cara main saham. Agak best la jugak, mencabar otak untuk berani bermain dengan duit. Main saham guna duit betoi taw. Jangan main-main. Pokai la aku macam nie. Takut duit shopping susut nanti. Acaner nak shopping banyak banyak2. Dalam group kami, aku jadi secretary. Seronok jugak sebab jadi tukang pangkah. Bukan nak pi mengundi ya tapi pangkah huruf X atau Y untuk saham yang dimainkan. Paling lawak bila ada pasangan yang pakai baju Harimau Malaya. Sokongan dari Langkawi untuk abang-abang pemain bola sepak Malaysia. Sayangnya peminat Wan Zack agak frust sebab dia tak main malam tu. Hehe


Lawyer burok, akauntan senget, secretary cute, ustaz baek

Meja gue

Seronok beronline guna iPad Arul nie..hehe

Ini lawyer burok group aku

Mari berdebat..tiap2 hari kena present. This is what we call Simulation

SMILE! 

Tak sabar nak tengok bola kami nie. hehe

Aww...sweetkan mereka! Shira dgn Arul

Krismas lambat lagi daa.. 


Sebelum tu jom layan video Ceritaku L A N G K A W I 
by Bob (Danial Nizar)



Oke la, dah pukul 1 pagi. Mata aku pon dah mengantok nie. Tunggu story yang seterusnya okay. Ada banyak gambar-gambar yang nak diupload. Tak sabaq nak tunjuk kat korang semua. Selamat malam semua. Bye :)

9 Dec 2012

Langkawi (Part 1)


Assalamualaikum..
Salam rindu buat semua dari Langkawi. Setelah sekian lama, lebih 6 tahun aku tinggalkan pulau mahsuri tu, aku datang lagi. Memang dah banyak yang berubah. Masuk malam nie dah 4 hari kat sini. Agak seronok sebab diberi peluang berkursus sambil bercuti. Dalam 4 hari juga macam-macam benda yang jadi. Paling happy aku dapat kawan-kawan baru. Memang have fun bila bergaul dengan student Kolej Professional MARA, Sri Iskandar. Kerana mereka juga aku malas nak join budak-budak kolej sendiri. Haha.


Bajet macam baru sampai overseas. Haha



Cerita nie maybe agak basi tapi aku tak sempat nak online. Tersangat tak cukup masa. Dari pagi sampai ke pagi keja busy memanjang. Memang masa digunakan secukup-cukupnya. Benda apa yang kami buat tu?


Hari Pertama
- Sampai di Langkawi waktu petang sambil tunggu bas datang amek kami di jeti terus check in kat Aseania Resort & Spa, Pantai Chenang. Dapat kawan baru, bilik baru, makanan pon sedap-sedap. Rasa macam terus jatuh cinta dengan tempat nie, rasa macam takmaw balik dah. Nie gambar-gambar first day kat sana!


Menunggu bas

Ramaikan


Tadaa...


Beach! yeayy


Pantai Chenang


Duduk sambil tengok sunset.. cantiknya ciptaanNYA


Re-Energize.. Gudnite 



Hari Ke 2
- Kursus start dari pukul 8.30 pagi hingga 11.00 malam tapi kami akan makan 4 kali sehari tak termasuk minum petang dan malam. Lepas nie balik rumah semua gemok. Boleh tahan sedap makanan kat sini. Hari kedua mula program petang kami semua. Ramai-ramai buat kecoh dalam swimming pool. 


Abang jaga kolam tak bagi mandi.. huwaaa


Puteri Dugong


Main race dalam kolam


Candid gitu


Ini la pemenangnya...


Jom layan video race dalam kolam


Cantikkan matahari terbenam dari hotel




Hari Ke 3
- Malam ketiga di Langkawi, kami semua lepak makan kat luar hotel. Kedai-kedai kat sini semua tutup tepat pukul 12 malam. Nasib baik ada McD! Tak la kebulur kat sana. Ramai-ramai jalan kaki lepak kat pantai. Punya seronok main kejar-kejar sampai ke pagi. Pukul 3 pagi baru masing-masing balik bilik.


Shahirah, Adib & Arul


Bakso punya pasal


My new frens... 


Gimik je nie


Main kejar-kejar..keluaq peluh jugak


Adib buat taici, kami 1 group



Ada lagi bermacam cerita nak cerita kat korang tapi tunggu dulu. Gambar terlalu banyak yang lucu-lucu. Tunggu part 2 pulak ya. Memori tengah full dengan plan. Ingat petang nie nak main Volleyball lagi la. Main sampai sakit tangan, baru padan muka hang nina. Tiap-tiap petang aku bawak badan masuk pool. Bila lagi dapat peluang macam nie. Tak pernah menginap kat hotel sampai berminggu-minggu. So enjoy. Thanks a lot to MARA Perak kerana menaja penginapan kami 30 orang nie :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com