2 Oct 2015

Sinopsis Drama Hello, Mr Perfect

Salam Readers..


Sinopsis Drama Hello, Mr Perfect | Ini drama yang dilayan setiap 4 hari seminggu. Suka tengok muka Nur Ruhainies tu, yelah orang kampung cheq. Penang Mari ! Menggantikan drama Mencintaimu. Kalau drama PISA, Fattah berlakon dengan kakaknya. Meh layan sinopsis dan gambar pelakon. Perasan drama ni ada mesej yang tersendiri. Buat perempuan jangan la tiru perangai si Nurul Ain tu :)


Hello Mr Perfect Poster 
Hello Mr Perfect Novel

SINOPSIS DRAMA HELLO, MR PERFECT


Mengisahkan Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah yang saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan peraturan yang telah ditetapkan oleh keluarganya yang mementingkan aspek 'langkah bendul' walaupun mereka adalah lelaki, memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tidak boleh berkahwin. Lebih bertambah masalah apabila keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan jika tamat tempoh Ainul akan dijodohkan dengan orang lain. 

Alongnya, Muhammad Izzul Islam seorang yang terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlalu cerewet dan mahukan pasangan yang sempurna sepertinya. Ramai gadis ingin berkenalan namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya.

Hakikatnya, Izzul masih belum dapat melupakan bekas kekasihnya selama 6 tahun dan takut untuk bercinta lagi selepas Nurul Ain curang dan berkahwin dengan lelaki lain hanya kerana duit. 

Izzul dan Arif
Nurul Ain
Arif dan kakak ipar, Alya 
Izzul dan bakal isterinya

Tiada pilihan, Arif mencari calon isteri untuk Izzul. Wang juga diberikan sebanyak RM 500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang bapa tirinya dan keluarga dikejar Ah Long memaksa Alya menawarkan diri.


Muhammad Izzul Islam dan Alya Adriana, adalah 2 insan yang sangat berbeza. Mereka pernah belajar di Universiti yang sama tapi berlainan fakulti tapi setiap pertemuan ada saja digaduhkan. Dari situ, Alya mula jatuh cinta dengan Mr. Perfect.


10 tahun telah berlalu, mereka bertemu lagi. Izzul juga telah lama berpisah dengan Nurul Ain tetapi hatinya masih belum pulih. Tanpa mengetahui Alya itu bekas tomboy di U semasa mereka masih lagi belajar. Dalam tempoh itu, Alya telah banyak berubah perwatakannya dari tomboh kepada gadis ayu yang bertudung dan sopan. 

Alya yang tomboy
Izzul dan Alya kahwin
Lawakan? sepadan betol
Family Alya Adriana
Majlis nikah Izzul dan Alya

Izzul memilih Alya untuk menjadi calon isterinya untuk lari dari Nurul Ain yang datang menganggu hidupnya setelah sekian lama. Alya rasa serba salah dan mahu mengundur diri dari menjadi calon isteri Izzul bila sudah dapat melunaskan hutang bapa tirinya. 


Arif meminta Alya melupakan abangnya, bagi Arif Alya hanya mahukan duit dan bukan ikhlas untuk berkahwin dengan Izzul. Selepas Izzul balik dari outstation dia hairan apabila tak boleh contact Alya dan dia menghilangkan diri. Dipendekkan cerita, Alya pun selaat kahwin dengan Izzul. Mula-mula tak suka dengan perangai Izzul lama kelamaan jatuh cinta. 


Tujuan Izzul untuk kahwin dengan Alya supaya dapat lupakan Nurul Ain, yang kebetulan muka seiras dengan Alya. Tapi bila dapat tahu Izzul telah kahwin dengan Alya, dia mula fitnah Alya sampaikan Izzul rasa tertipu sebab dia ingat Alya ikhlas berkahwin denganya, tetapi rupanya sebab duit.


Pada mulanya, Alya nak kahwin sebab duit untuk langsaikan hutan tetapi selepas berkahwin dia mula sayangkan Izzul dengan ikhlas. Tapi Izzul lebih percayakan fitnah dari isteri sendiri. Kemudian, Izzul ditangkap khalwat dengan Nurul Ain. Kerana sakit hati, Alya membawa diri ke Penang. Nak tahu kesudahan cinta Izzul dan Alya kena layan sehingga tamat. Hehe 

Sweet
Izzul ajar Alya masak
Semakin bahagia lepas kahwin
Dinner pon sweet


1 Oct 2015

Cara Perbaharu Lesen Kali Pertama

Salam Readers..


Cara Perbaharu Lesen Kali Pertama | Orang lain dah berkurun tukar lesen, kita baru habis P ! Sejak umur 18 tahun bawa kenderaan tanpa lesen. Lepas tu masuk study, tertangguh ujian jawabnya kena daftar semula. Tak apa semua duit mak support. Hee.. Lesen sekarang tamat ikut tarikh birthday kita. Renew di JPJ Seberang Jaya. Happy sangat dah lepas PERCUBAAN :P


Resit pembayaran renew lesen baru 2 tahun


Buat adik-adik yang tengah prepare nak amek SPM, lepas habis periksa terus daftar kelas memandu. Rugi kalau nak tunggu habis study STPM / Matrik / Dip/ Degree tau.. Jangan jadi macam akak ni. Oke macam mana nak revew lesen dan dapatkan lesen baru ni? Pergi JPJ branch yang berdekatan. Cakap nak renew lesen pertama kali. Kalau renew lesen kali ke 2, ke 3 korang punya lesen tak mati pun still boleh tukar baru.


Untuk yang pertama kali nak tukar/renew lesen baru ni, korang diberi 2 pilihan :


1. Boleh dilakukan di mana saja branch JPJ jika ada perubahan alamat dan gambar. Contoh kalau nak tukar alamat lain cuma bawa Lesen Memandu ASAL, Slip Lesen dan duit RM 30 (setahun renew) dah settle. Kalau ada perubahan gambar korang boleh bawa sendiri gambar (background PUTIH SAHAJA) dan juga boleh tangkap gambar di situ. 


2.  Boleh dilakukan di Pejabat POS jika tiada perubahan alamat dan gambar. Pejabat POS akan ikut alamat dan gambar yang terdapat di dalam IC kita. Bawa IC, Lesen Memandu ASAL dan Slip Lesen dan duit.


Yeah budak baru tukar lesen !! Muka kembang akibat proses scan



Kite bawa diri ke JPJ, nasib baik tak ramai terus beratur kat kaunter untuk urusan pembayaran. Lepas tu tunggu turn serah gambar passport untuk proses scan gambar. Lepas tu tunggu sila tunggu sampai LESEN BARU kita siap. Nanti nama kena panggil guna speaker. Hehehe.. Kalau pekak tak tau la. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com