ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Bersambung semula kisah ESCAPE. Nina nak kongsi harga tiket beli secara walk in dan online. Seeloknya sebelum ke sana, beli online untuk dapat lebih diskaun dari walk in.
HARGA TIKET SECARA 'WALK IN'
 |
| Harga tiket ESCAPE secara 'walk in' |
HARGA TIKET DAN CARA MEMBELI TIKET SECARA ONLINE
Kalau nak murah jika datang dengan family atau kengkawan disarankan beli secara online lebih jimat dalam 10% - 50% . Banyakkan? Tempahan melalui online boleh dibuat dalam tempoh setahun sebelum tarikh yang kita nak pergi.
STEP 1
 |
| Pilih Kategori |
STEP 2
 |
| Pilih Adventureplay Day Ticket (3 pilihan) |
STEP 3
 |
| Pilih tarik dan berapa orang |
Jika ingin dapatkan diskaun 50% seperti dalam gambar, mestilah tempah 3 bulan sebelum tarikh yang ingin kunjungi. Beli sekarang jommm.. Hehe
Jika tersalah pilih tarikh atau ingin menukar tarikh kunjungan boleh tukarkan dengan klik sini CHANGE VISIT DATE dan pilih tarikh yang baru :)
 |
| Tukar tarikh baru |
*Tiket boleh ditukar tarikh tetapi akan dikenakan caj sebanyak RM5.30 bagi setiap tiket
HARGA TIKET ADVENTUREPLAY & BASE CAMP SECARA ONLINE
Bagi yang tak puas bermain di ESCAPE adventureplay, anda boleh membeli tiket Adventureplay & Base Camp Combo. Pilih pakej 2 hari atau 3 hari boleh bermain, bermalam, bercamping sambil BBQ di Base Camp. Untuk pakej 2 HARI dan 3 HARI boleh klik sini COMBO PACKAGE .
Harga tiket bagi Pakej 2 Hari untuk seorang dewasa antara RM186.50 - RM303.05 termasuk 6% GST. Bagi Pakej 3 Hari pula antara RM331.50 - RM535.55 termasuk 6% GST. Harga minimum akan diterima jika menempah melebihi 3 bulan dari tarikh tempahan dibuat. Khemah juga boleh menampung 5-8 orang bagi setiap plot khemah.
BAS PERCUMA KE ESCAPE
Bas PERCUMA untuk ke ESCAPE dengan menaiki bas Rapid Penang bernombor 101 atau 102 dari 9:00 pagi - 6:00 petang selang 10 minit. Bayar dulu kemudian tebus tembang di pintu masuk ESCAPE. Usaha ini merupakan Inisiatif Hijau bersama ESCAPE dan RAPID Pulau Pinang.
WAKTU URUSAN
ESCAPE Adventureplay
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
Tel : +604 881 1106
Fax : +604 881 3106
Email : info@escape.my
Operating Hours : Selasa - Ahad (Isnin Tutup) 9.00 pagi - 6.00 petang