1 May 2016

Hafidz Roshdi Sah Bergelar Suami Kepada Nurul Shuhada

Salam Readers..


Hafidz Roshdi Sah Bergelar Suami | Tahniah diucapkan kepada hero drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi yang sudah SAH bergelar suami kepada Nurul Shuhada pada 30 April lepas. Ini kahwin betol-betol eh, bukan dalam drama. Hehe..


Hafidz Roshdi dan isteri

Majlis pernikahan Hafidz Roshdi



Berita yang diumumkan oleh Hafidz sendiri menerusi Instagramnya dimana majlis pernikahan berlangsung jam 11 pagi di Perlis. Majlis serba sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Hafidz dan Shuhada sudah berkenalan lebih daripada 3 tahun sebelum Hafidz menceburi bidang lakonan. Pasangan ini kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 30 November 2015.





Haa diminta peminat-peminat jangan frust menongeng. Hehe. Semoga kekal bahagia buat mereka berdua .

30 Apr 2016

International Adapter For Travelling

Salam Readers..


Adapter / Plug International | Travel Tips | Benda pertama yang WAJIB dibawa kalau nak travel. Tak boleh sesuka hati tanpa buat research tentang negara yang bakal kita travel tu. Salah satunya ialah PLUG atau ADAPTER. Kita kena ambil tahu jenis-jenis adapter dan soket yang digunakan di negara yang nak pergi. Lain negara lain plug. Gadget nak kena charge, bateri tak tahan lama. Kalau tak bawa? Berguling dalam hotel.


Jenis-jenis plug international adapter mengikut negara. Credit : SYM

International Adapter For Travelling



Seorang traveller tegar ataupun tak macam aku ni elok buat investment dan beli satu set international adapter yang ada semua jenis kepala soket yang boleh diguna setiap kali travel. Boleh beli di hardware stores atau elektronik selalunya ada dijual. Dengan saiz kecil, senang nak sumbat dalam backpack/luggage. Harga ada yang murah ada yang mahal bergantung jenis brand yang korang beli. Untuk mudah ialah : 


1. Beli satu set lengkap international adapter.

2. Wajib bawa extension ! Nak cas gadget bukan satu je.


Dengan adanya adapter dan extension boleh cas dengan senang hati tanpa perlu berebut dengan partner. Kadang-kadang dalam satu bilik ada satu plug. Nasib baik sebelum travel dah minta tolong kawan belikan sesiap. Hehe..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com