5 Jan 2017

Garnier Micellar Cleansing Water

Assalamualaikum Readers..


Review Garnier Micellar Cleansing Water | Bila baca review Zaf pasal produk terbaru dari Garnier ni terus beli. Make up remover Althea pun dah habis. Hehe.. So far ok dengan muka, tak ada gejala-gejala kulit tak sesuai etc. Dari dulu memang Nina tak percaya dengan brand Garnier, sorry la tak ada perubahan di muka. 


Garnier Micellar Cleansing Water RM 13.65 after discount RM 9.30 


Siapa pakai Garnier jangan marah nooo.. Hahaha.. Kureng sikit bab produk facial dari Thailand ni. Produk Garnier ni dengan hanya 1 sentuhan, boleh menanggalkan makeup. Wow 😆 Cam magnet terus lekat di kapas. Boleh pakai hari-hari balik kerja terus muka tak comot dah.



Garnier Micellar Cleansing Water ada dua warna iaitu pink dan light blue. Dua warna berbeza ni untuk biru (kulit yang berjerawat dan berminyak), pink (untuk kulit sensitif). Nina pilih pink sebab kulit bukan jenis berminyak dan berjerawat. Pilih ikut kesesuaian kulit masing-masing.


Yeahhh bebas dari SLS ! 


Senang tanggal makeup dan kotoran dimuka pun keluar


Formula Garnier yang berasakan air, tidak berminyak. Tak payah bilas pun boleh kalau dah malas. Selalunya, memang cuci muka juga sebab nak mandi. Garnier Micellar Cleansing Water ni masa guna terasa sejuk je. Haha suka sangat ! 😆

1 Jan 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum Readers..

 
Selamat tahun baru 2017 kepada semua blogger yang kenal Nina. Semoga segala urusan yang dirancang tahun ni dipermudahkan Allah. Tak ada azam tahun ni macam tahun lepas, kalau nak buat sesuatu tak payah tunggu masuk tahun baru, bila-bila boleh berubah. Terima kasih uuollsss yang sentiasa berkunjung ke blog ni, yang boom tak sudah-sudah, mekasih 😗 Nanti Nina terjah korang ye, banyak comment tak sempat approve dari tahun lepas 😅


Happy new year 2017 ! Mood kerja as usual, nothing change. Acece


So far, tahun lepas punya achievement tercapai ler jugak contoh rajin bawak bekal ke ofis, tak pernah miss simpan duit dan berjaya travel dua negara. Yippiee.. Alhamdulillah diberi rezeki. Masih ada lagi entri tak publish. Huuu pemalas kau Nina 😔 Harap semua readers sihat-sihat sahaja. Keep in touch 😙

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com