20 Mar 2017

Medan Indonesia 2017 : Kualanamu Dan Ayam Penyet Cinderalas

Assalamualaikum Readers..


 MEDAN INDONESIA 2017 : KUALANAMU DAN AYAM PENYET CINDERALAS (DAY 1)


Tahun ni ada negara telah dijelajahi maka kena rajin tekan keyboard sebelum segalanya pupus dari ingatan (cewah). Trip ke Indonesia tanpa kawan blogger tapi bersama geng Viet. Terima kasih Mrs Farah tolong book flight untuk kami 😃😃😃



Jumpa muka-muka pelakon Sinetron kekeke

Tak pernah jemu tengok view ni. Lawa! yang macam tali tu Penang bridge


Alhamdulillah, our trip going smooth selama 4 hari (7-10 Feb), since nina plan iti dan Nadia cari hotel, kena tambah duit untuk hotel yang kami stay di Medan. Ini yang leceh kalau book and pay later. Flight dari Penang ke Indonesia hanya 30 minit sepatutnya 45 minit. Nampak tak betapa dekatnya atau pilot bawa laju? 😅😅



Sebelum mendarat, kena isi declaration form. Nanti sebelum keluar dari balai ketibaan ada pegawai akan kutip


View Medan penuh dengan kawasan hijau

Ingatkan tol tapi bukan, bayar tiket parking airport

Sangat besar airport Kualanamu ni, super bersih



Biasalah AA, sepatutnya boarding 1.45 tapi delay ke pukul 3.40 pm. Waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia. Sampai di airport, Pak Adi dah menunggu. Nanti nina share tour guide di Medan. Kami pun sampai dah petang, jadi gegadis nak beli simkad and YES, hotel-hotel di Medan tak semua ada WIFI. Frust mak! Sepanjang jalan dari airport, banyak kedai-kedai tawar harga simkad, pandai-pandai la pilih. Kami pilih kedai Taufiq. Terus si Lala beli, bukan main lama 😔😔😔




Carilah kedai taufiq ni bikin murah 

Promosi hangat. Murah jugak

Haaa inilah simkad yang kami guna


AYAM PENYET CINDERALAS



Kami memang nak makan then check in hotel terus tidur. Keesokknyanya nak gerak ke daerah lain pula. Jam menunjukkan dah pukul 6 pm. Di Indonesia, boleh dikatakan kedai Ayam Penyet ni paling famous la. Sedap! 


Ayam Penyet Cinderalas pekena ayam penyet ler

Menu 1
Menu 2
Kedai bersih dan kurang orang time ni mungkin sebab weekdays. Makan di tempat tertutup kena charge
Siapa suka pedas?

Tempat basuh tangan tak guna pun

Apa tengok2

Ayam penyet + jus limau (1 set) Rp 28.000. Ayam juicy kecuali sambalnya sedap pedas buat tangan bau sampai esok pagi

Kerana tempe ini sedap, habis 8 keping + sos cili hitam Rp 10.000

Indomaret ala 7E

Ini saja yang di beli. Air mineral Rp 5.500 + Pop Mie Ayam Rp 4.300 + Biskut Gery Rp 7.300 (hairan viral di Mesia hahaa, dah lama ada kat Indon)



Habis makan, tapau tempe dan singgah kedai runcit sat. Nanti nina review hotel. Ini jelah yang kami buat first day sampai Medan. To be continue.. 

16 Mar 2017

Tempat Makan Sedap Di Magnifique Cakes, Penang

Assalamualaikum Readers..


Tempat Makan Sedap di Magnifique Cakes Penang | Western Food Sedap di Penang | Makan Malam ala Barat | Entri makan datang lagi, bertabah lah wahai reader. Hehe.. Kali ni, bawa kawan dari KL datang makan sini, nak pekena burger katanya sebelum drop dorang di stesen bas. Tengah drive sambil memikir kedai mana nak bawak dorang ni teringat kedai ni, alang-alang tak pernah lagi pekena burgernya. Layann..


Burgers Magnifique Cakes

Sebelum makan selfie dulu. Bila lagi 2 orang ni nak turun utara



Magnifique Cakes Bandar Perda ni 100% bumiputera. Puas makan kat sini dan harga berpatutan. Ada kawan suka ke sini sebab tandas macam hotel. Hehe.. Kali ni try burger yang besar dan sedap. Kalau perut tak berapa nak lapar, memang tak boleh nak habiskan. Adalah diwajibkan kempiskan perut dulu setiap kali teringin nak makan kat sini. Ngeh ngeh *itupun kalau boleh kempis perut dalam masa sehari.



Sedap fries ni

Blackpaper memang ngam di tekak. Sedap hingga kikis papan

Terliur tengok burger pilihan Mas dengan Shera ni. Meleleh teruk

Bila dah makan cheese harus pilih air masam2 baru tak muakkan




1 Rose Lemonade Juice - RM 7.90
2 Lemon Tea *medium - RM 11.00x2
1 Chicken Burger (Cheese Sauce) - RM 33.80x2
1 Meatball with Fries - RM 11.00 (Sedap!)
1 Beef Burger (Blackpepper Sauce) - RM 15.90
1 Melted Cheese Fries - RM 8.90


Total : RM 77.50
Service Charge : RM 7.75



TOTAL : RM 85.25


MAGNIFIQUE CAKES
No. 11, Ground Floor, Jalan Perniagaan Perda Barat,
Kawasan Perniagaan Perda Barat,
14000 Bukit Mertajam, Penang

Dibuka setiap hari


Official Instagram : @MagnifiqueCakes


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com