9 Oct 2020

Cara Aktif TNG RFID Tag

Assalamualaikum Readers


Cara Aktif TNG RFID Tag | Entri sebelum ni, Nina ada shared macam mana nak beli di dalam Tng eWallet. Boleh refer sini cara-cara untuk beli. Dalam masa 2 hari dah terima parcel RFID tag ni dan kena isi form dan akan diaktifkan dalam masa 24 jam. Cara nak pasang tu dah ada, cuma korang jangan tarik sticker RFID Tag secara ganas nanti jadi macam FIL (excited nak tampal sampai terputus dua, kena beli lain 😂🤣)


Cara Aktif TNG RFID Tag







Kat bawah ni ⬇️ Nina tunjukkan step by step cara nak aktif. Senang saja. Bapak mertua pun tanya cara-cara nak beli lepas tu order semua sendiri. Jangan kata susahnya nak beli lepas tu kena aktif. Pada masa depan akan datang mungkin Smart Tag dah kurang dipakai sebab sekarang kalau rosak mana nak cari. Dalam Lazada, Shopee belum tentu original dan boleh guna.












Pastikan baki duit dalam TNG eWALLET mencukupi sebelum guna



7 Oct 2020

Khunthai Authentic Thai Restoran, Butterworth Penang

 Assalamualaikum Readers


Khuntai Authentic Thai Restoran Butterworth Penang | Kemalasan taip melanda walaupun thru phone. Kemon banyak gambaq dalam fon 😅 Restoran ni salah satu tempat fav hubby. Total kami makan berdua dalam gambaq ni RM 50. Elok mai makan ramai-ramai 🤪 Hubby spesis bayar mahal janji makanan sedap, meletop. 


Tom yam ayam

Sotong goreng tepung

Cendawan masak sos tiram

Telur goreng daun petai (daun petai di potong dan di gaul bersama telur)


Gambar di atas ni antara menu WAJIB kami akan order. Ada tomyam putih dan merah dan bermacam jenis antaranya ada seafood, udang, ayam tapi disebabkan kami berdua tak boleh makan seafood yang tak fresh (badan gatal-gatal) maka pilih tom yam ayam super pekat dan isi banyak.


Minuman selalunya Nina order jus oren yang memang pekat 🤤 Hubby akan order air tebu. Kami makan berdua memang tak habis. Siap tapau bawa balik. Khuntai ada banyak branch tapi tak semua sedap. Hee.. Kalau ke Penang, jangan lupa singgah. Sekali sekala layan makanan siam. Khunthai juga menyediakan perkhidmatan order melalui Food Panda. 


Khunthai Authentic Thai Restaurant


104, Jalan Permatang Tengah,

Taman Seri Ceraya 13000 Butterworth.

Atau waze nama restoran mesti sampai 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com