24 Jan 2023

Hukum Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat

 Assalamualaikum readers


Hukum Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat | Zaman sekarang ni bermacam jenis pattern, corak, material dan warna kain telekung. Yang latest boleh jahit nama di telekung 😂 Memang up to date, tapi niat tu jangan lah beli sebab nak menunjuk. Kurang pahala solat.




Bab solat ni jangan dibuat main, baju pun kena tengok ada corak apa, inikan pula telekung. Sah ke solat jika kaum wanita guna telekung warna lain selain putih?


Jawapan UKE : Syarat sah solat ialah menutup aurat. Selagi mana pakaian menutup aurat maka sahlah solat itu. Tidak jarang dan tidak ketat. 


Apabila semua berwarna putih maka diamlah hati daripada berkata-kata tentang telekung orang lain. Itulah hikmah telekung warna putih. Pastikan telekung yang dipakai sederhana corak dan warnanya supaya mendatangkan khusyuk kepada semua jemaah tanpa menimbulkan ujub kepada si pemakai. 


19 Jan 2023

Beza Madu Tualang Dan Madu Kelulut

Assalamualaikum readers


Beza Madu Tualang Dan Madu Kelulut | Sejak kena covid tahun lepas, terus amalkan minum madu campur dengan air suam. Harraz paling suka! 1 sudu besar dengan segelas air, habis untuk dia seorang. Elok di amalkan makanan sunnah ni walaupun harga sebotol besar madu kelulut asli, belikan untuk mak, harga dalam RM 100 di Shopee. Apa perbezaan madu tualang dan madu kelulut ni?


Clue nak bezakan :

Tualang - dari pokok hutan, warna madu coklat gelap

Kelulut - manusia ternak, warna madu kuning jernih

Supaya tak jadi mangsa tipu. Banyak madu yang dicampurkan gula. Kesimpulannya madu tualang paling banyak khasiat.


MADU TUALANG



Lebah tualang kebiasaanya bersarang di pokok tualang yang tumbuh tinggi di dalam hutan yang mencecah 70 meter. Satu pokok tualang boleh dihuni sehingga 100 sarang lebah. Madu tualang dihasilkan oleh lebah tualang yang mendapatkan nektar hampir 50% dari bunga-bungaan hutan. Menjadikan khasiatnya lebih tinggi dari madu lain. Lebah tualang boleh terbang jauh hingga 10KM mencari bunga dan terbang hingga 600 kaki. 


Biasanya pencari madu mempunyai pokok-pokok yang tertentu dan bertanda untuk dituai pada waktu malam pada hari tertentu. Ini kerana sifat lebah tualang yang sering kembali ke pokok yang sama untuk membina sarang. Disebabkan kesukaran proses untuk mendapatkan madu ini, ia berharga lebih tinggi.


MADU KELULUT



Lebah kelulut merupakan sejenis lebah yang tidak bersengat dan bersaiz kecil seperti lalat. Biasanya membina sarang di kawasan tertutup seperti tunggul kayu, akar, atau di dalam rongga tanah. Kelulut yang ada di hutan Malaysia biasanya bersarang di batang kayu yang telah ditebang.


Lebah kelulut hanya boleh terbang mencari bunga dalam 200 meter, tidak boleh terbang tinggi dalam 10 meter sahaja.


Madu kelulut mempunyai rasa sedikit masam berbanding madu lain. Rasa madu bergantung pada makanan dan faktor persekitarannya. Madu kelulut berwarna lebih jernih berbanding tualang. Madu kelulut mempunyai harga pasaran yang tinggi kerana penghasilannya yang bermusim dan dalam kuantiti kecil.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com