30 Mar 2023

Air Berbuka Teh Bunga Longan

Assalamualaikum readers


Air Berbuka Teh Bunga Longan | Menu Air Berbuka | Kembali dengan entri air berbuka untuk ramadhan yang ke 4. Bahan pun simple dan mudah untuk di buat. Letak pulak asam boi, terus terangkat rasa air teh bunga ni. Nina beli teh bunga brand Yeo's tu, tak terlalu manis sebab kita dah masukkan longan.


Air Berbuka Teh Bunga Longan


Main campak-campak bahan untuk 2 jug pun masih laku keras air teh bunga longan ni. Rasa fresh dari teh dan buah tu menghasilkan rasa masam manis yang seimbang. Meh tengok video yang Nina share ni. Tengok video lagi mudah nak buat kannn...



Bahan-bahan :


1 kotak teh bunga

1 tin longan

5 biji limau kasturi (perah dan tapis biji)

6 biji asam boi

Ais



Caranya :


Masukkan longan, air teh bunga, perah limau kasturi, asam boi dan ais. Kacau sebati, siap untuk dihidangkan.

29 Mar 2023

Gel Mandian Good Virtues Co

 Assalamualaikum readers


Gel Mandian Good Virtues Co | Finally jumpa sabun mandi yang sesuai dengan kulit badan Nina. Sebelum ni ada masalah gatal-gatal di badan, ingatkan alergik dengan seafood tapi tak makan pun still gatal. Sedih tengok parut sana sini, kalau time berpeluh lagi tak tahan. Nasib baik tak ke klinik kulit socka lagi sebab teringat pesanan doktor, kalau kulit gatal tanpa sebab mungkin dari penggunaan sabun mandi yang tak sesuai.


Good Virtues Co. Lightening & Hydrating Shower Cream - RM 15.29 (beli di Lotus)



Habis sabun mandi Johnson&Johnson terus beli Good Virtues Co. Alhamdulillah kulit beransur pulih. Dah tak gatal lagi, makan seafood pun ok unless seafood tak fresh barulah start gatal. Hasil pembacaan dari review-review, produk Good Virtues Co. ni ramai peminatnya. Di ingatkan ini adalah brand bukan Islam di Selangor



First try botol kecil yang ini dulu. Beli di Watson RM 9.90


Untuk pengetahuan semua produk Good Virtues Co ni ada 3 kategori, iaitu :


1. Penjagaan wajah

  • CC Cream
  • Facial Wash
  • Toner
  • Facial Scrub
  • Cream
  • Make Up Remover
  • Masks

2. Penjagaan rambut
  • Shampu
  • Conditioner
  • Serum
  • Tonic

3. Penjagaan badan
  • Shower Cream
  • Hand & Body Lotion
  • Body Scrub
  • Deodorant
  • Feminine Wash
  • Body Perfume
  • Hand Sanitiser
  • Hand Wash


Kebaikan produk :

  • Rangkaian mandian Good Virtues Co. wangi dan teksturnya berkrim dan memberi kelembapan pada kulit selepas mandian.
  • Packaging menarik dengan botol yang bercorak ceria.
  • Setiap shower cream lengkap dengan kebaikan minyak habbatussauda. Membersihkan kulit disamping menyihatkan sel-sel kulit.
  • Bebas dari minyak mineral, SLES, ALES, Parabens dan pewarna tiruan serta 100% tanpa ekstrak haiwan.
  • Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-penuaan, anti-radang, anti-oksida, memperbaiki keadaan kulit (sesuai untuk semua jenis kulit), melembabkan, menyegar dan menyuburkan kulit.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com