18 May 2023

Salted Caramello Chocolate Iced Di Richiamo Coffee Sedap

Assalamualaikum readers


Salted Caramello Chocolate Iced Di Richiamo Coffee Sedap | Kalau ke Richiamo Coffee Sungai Petani mesti beli kopi. Pilihan air di Richiamo Coffee lagi banyak dari Starbucks. Sebenarnya dah tukar selera, sebab asyik rasa gula lebih, dah lah harga mahal. Kami ke Richiamo Coffee Seberang Jaya sebab nak bawa mak tok makan, tengok menu tak ada Fish & Chips. 



Harga : RM 9.90 + whipped cream RM 2.50 = RM 12.40
Rating : 8/10 


Harga makanan dan minuman di Richiamo Coffee ni tak lah mahal sangat. Affordable dan yang penting bumiputra. Layanan pun baik, walaupun kami hanya singgah tengok menu dan order air saja. 



Suka packaging hari raya nampak cantik! Lain dari yang lain, jarang jumpa macam ni.


Nina cuba Salted Caramello Chocolate Iced tambah whipped cream. Tak baca review kat mana-mana pun cuma yakin mesti sedap. Air tak terlalu manis yang overr dan adalah rasa kombinasi salted dan coklat tu. Tak sampai 30 minit, air dah habis. Hehe.. Nanti nak cuba menu lain pulak tapi area pulau ni dah tutup.


16 May 2023

Review Filem The Mother (2023)

Assalamualaikum readers


Review Filem The Mother (2023) | Filem lakonan J.Lo yang baru sahaja release di Netflix pada 12 Mei lepas. Antara sebabnya keluar di Netflix dan bukannya panggung wayang adalah untuk mixedkan review dan bukan kritikan. Kalau producer sendiri J.Lo memang sah best! Meleleh ayaq mata tengok filem ni, mungkin sebab tengok dengan penuh perasaan kot.



SINOPSIS :


Ex tentera US dikenali sebagai 'Ibu' menjadi broker perjanjian penyeludupan senjata antara Ex-Marin SAS (Special Air Service British Army), Adrian Lovell dan peniaga senjata, Hector Alvarez. Terlibat secara romantik antara mereka berdua, Ibu akhirnya hamil. Selepas tahu mereka terlibat dengan pemerdagangan kanak-kanak, Ibu menjadi informer FBI.


Ibu bercinta dengan Alvarez tapi lebih suka pada Lovell


Semasa Ibu disoal siasat di FBI safe house oleh ejen, William Cruise. Pasukan Lovell menyerang dan membunuh kesemua ejen, Ibu menyelamatkan William yang cedera dan membuat bom tangan di bilik air. Lovell bertindak cepat dengan menikam perut Ibu sebelum bom meletup. Ibu selamat melahirkan seorang bayi perempuan pramatang.


Semasa di wad, FBI memberitahu mayat Lovell tiada dan anaknya akan ditempatkan bersama keluarga angkat untuk perlindungan. Ibu faham anak itu tidak akan selamat jika bersamanya, Ibu melawat William, dan memberi 3 syarat : anaknya akan menjalani hidup seperti kanak-kanak lain, memberi gambar pada setiap hari lahir dan hubungi jika anaknya dalam bahaya. Ibu kemudian menyembunyikan diri di Alaska selama 12 tahun sehingga William menghubunginya.


Zoe dengan ibu angkatnya


Nampak William ni suka pada Ibu


William memberitahu pasukannya menumpaskan orang Alvarez di Mexico dan terjumpa gambar anak perempuannya, Zoe. Ibu bersiap menjaga anaknya di taman sebelum orang Alvarez menculik Zoe. Di Cuba, mereka ke rumah Alvarez untuk membunuhnya dan menyelamatkan Zoe. Semasa pulang dan William akan hantar Zoe ke keluarga angkatnya, pandangan mata Ibu membuatkan Zoe sedar Ibu adalah ibu kandungannya. Mereka bawa haluan masing-masing sebelum Lovell memintas kereta Williams.


Hector Alvarez ni sebelum mati sempat lagi tanya Zoe tu anak sapa

Ibu ajar Zoe menembak


Main dengan anak serigala macam main dengan anak anjing, tak pasal tangan kena jahit

Muka cacat sebab letupan di rumah FBI


Ibu membawa Zoe ke Alaska dan mengajar cara menembak dan mempertahankan diri sehingga Zoe terpaksa dibawa ke klinik, nama Ibu dan Zoe sudah terdedah, mudah Lovell untuk jejak mereka. Apa yang jadi seterusnya? Kena tengok ok. 


🌟🌟🌟🌟

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com