26 Jul 2023

Makan Best Di Syazana Nasi Melayu, George Town

Assalamualaikum readers


Makan Best Di Syazana Nasi Melayu, George Town | Rupanya dah lama kedai nasi melayu ini beroperasi. Disebabkan dah pindah ke tempat baru dan viral di TikTok, hubby pi pekena nasi melayu dulu sebab dekat dengan tempat kerja dia.


Hanya RM 23! termasuk air dan buah jambu batu


Dah duduk, datang pelayan ambil order air dan kira makanan berdasarkan lauk dan diberi no untuk pembayaran

Minggu lepas tinggal kami berdua, Harraz hanyut ke Genting. Boleh jjcm ke sini. Restoran pun luas dan tempat makan selesa. Boleh pilih nak makan di luar restoran atau di dalam, ruang berhawa dingin.



Ikhsan FB page



Ada pelbagai pilihan jenis lauk dan minuman. Siap dengan pencuci mulut. Boleh pilih bermacam jenis buah-buahan. Rambang mata nak pilih lauk. Total makan untuk dua orang pun dalam RM 23.00. Memang Rahmah! Kalau singgah ke Penang, jangan lupa masukkan restoran ni dalam list tau. Memang susah nak jumpa kedai nasi melayu yang sedap dalam pulau sebab rata-rata banyak kedai nasi kandaq. Kami dah cemuih (jemu).


SYAZANA NASI MELAYU


Alamat : Penang Times Square 10150 George Town, Penang (waze saja)


Waktu Operasi : 10.00 pg - 4.00 ptg

6.00 ptg - 12.00 mlm

(Tutup hari Isnin)


24 Jul 2023

4 Menu Family Mart Wajib Cuba

Assalamualaikum readers


4 Menu Family Mart Wajib Cuba | Lama tak masuk Family Mart, disebabkan nampak matcha sofuto kembali menemui peminat, terus Nina terjah. Puas hati dapat aiskrim dan ice blended edisi matcha.


Matcha Sofuto Cup - RM 3.90



Ada banyak jenis menu-menu menarik di Family Mart tapi tak semua ada stock, selalunya sold out atau out of stock. Nak tunggu stock banyak di rak, memang hari-hari kena pi tengok. Tak sanggup. Pergilah mana-mana branch pun, kalau tak ada rezeki tu, redho jelah.


Pizza Hawaiian Chicken - RM 7.50 & Parmesan Cheesecake - RM 4.50

Cheesy Chicken Ball (4 pcs) - RM 5.90


Ini antara menu wajib Nina akan beli kalau ada. Ini pun nasib pi beli sebelum lunch, kalau tidak, tak dapat. Sia-sia keluar dengan tangan kosong. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com