Assalamualaikum readers
Kalau 5 hari tak update blog, automatik pageview jatuh menjunam. Mood habiskan annual leave dalam masa yang sama HR sibuk minta buat payroll sebelum resign pada 5/3/2024. Ok sambung kisah hari ke 4 di KL, hubby dah malas nak courier di rumah-rumah orang, diambilnya semua parcel dalam mall 😂
 |
| Oval Damansara - HQ company lama Nina. |
Pukul 11.00 pagi baru hubby pickup di hotel selepas ambil parcel. Katanya nak makan nasi kukus tapi sejak sampai di KL tak jumpa orang jual pun. Sengaja Nina ajak pusing TTDI, banyak restoran mamak di KL. Takkan pi KL pun nak makan nasi kandar. Haha.. Pusing sana sini jumpa orang jual di tepi jalan. Alhamdulilah rezeki.
 |
| Nampak tak lori putih tu? Kami makan disitu |
 |
| Ada pelbagai jenis lauk |
 |
| Nasi kukus ayam berempah, sedap |
Sampai di One Utama Shopping Mall bukan kecik ya, ada bangunan lama dan baru. Sengaja ke sana, nak happykan anak dan hari itu pula birthday hubby. On special day dia tak nak stress, ribut-ribut.
 |
| Masuk bangunan lama, terpaksa jalan jauh hantar parcel di kedua-dua bangunan |
 |
| Nasib jumpa troli di entrance new wing, yang mencabar tu cari office Polis Bantuan. Kami tanya pada 6 pengawal keselamatan Nepal. Lokasi berdekatan tong sampah 1 Utama. Bertabahlah anak. |
 |
| 2 trip RM 20. Berebut stereng, nyaris langgar orang sebab Harraz tak bagi Nina pegang stereng. Sementara hubby cepat-cepat settlekan parcel. |
Nanti mula kerja dengan Flash ni, masa bersama dengan anak tu makin kurang. Maafkan mama dengan baba ya. Kami buat semua ini untuk Harraz. Biar anak tau susah payah parents cari duit, keluar kerja pagi, balik malam. Masuk mall ni bukan nak shopping pun tapi lebih kepada memborong Roti Boy (fav Harraz), lepas PKP, outlet di Penang terus tutup. Sambung nanti celebrate birthday kat mana pulak.