29 Jun 2024

Langit Pink Keungguan

Assalamualaikum readers


Lama tak bersua muka tengok blog, apa nak buat masa takkan pernah cukup. Rindunya nak BW tapi apakan daya. Benda yang paling Nina suka dari usia remaja ialah suka tengok matahari terbit dan terbenam, Subhanallah memang cantik!



Paling suka dan jarang dapat tengok ialah langit pink keungguan. Fenomena langit yang berubah warna menjadi pink keungguan ini adalah hasil dari 'scattering' . Ketika taufan dan hujan mulai turun, maka partikel-partikel di udara yang berukuran besar akan terapung di atmosfera.


7 June 24, 7:34 pm

Siapa yang rumah dekat dengan laut, boleh kerap tengok langit cantik ni. Bukan selalu dapat tengok dan ambil gambar.

26 May 2024

Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick

Assalamualaikum readers


Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick | Finally jumpa mask yang jenis stick! Kecik dan mudah dipakai. Mask skintific ini ada 2 jenis, untuk pores dan jerawat. Jadi untuk kulit muka Nina yang tak ada jerawat boleh guna yang ini. Menarik betul siapa yang cipta clay stick macam deodorant.


Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick - RM 26.40 



Skintific Alaska Volcano ni sesuai untuk kulit yang ada pori besar, blackhead dan whithead kecuali berjerawat. Tekstur clay mask ini agak lembut dan disapu ke wajah. Ia tidak terlalu pekat atau cair. Bau mask ini agak seperti tanah liat tapi tidak menusuk ke hidung.



Guna dari 28 April 24, 2 kali seminggu dan bilas guna air suam.

Guna hingga 26 Ogos 25, saki baki mask tak boleh guna, 1st and last, takkan beli dah. Tak mesra pengguna, nak kena korek sapu guna jari, lebihan mask jatuh ke bawah.


Apabila disapu ke wajah, clay mask ini rasa sejuk. Ia tidak menyebabkan iritasi atau rasa pedih pada kulit. Selepas guna, kulit terasa lebih segar dan bersih. Mask ini berjaya menyerap minyak berlebihan di T-zone, pori-pori di kawasan hidung dan pipi kelihatan lebih kecil. Sangat recommended dan mesra travel.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com