5 May 2025

Review Filem Sorop (2024)

Assalammualaikum readers


Review Filem Sorop (2024) | Filem dalam 10 ranking teratas di Indonesia dan Malaysia. Ternyata kadang filem seram banyak sisi gelap yang berpunca dari keluarga. Kadang keluarga sendiri pun tidak boleh letak 100% kepercayaan.



Filem seram Indonesia ini di inspirasi dari thread seram yang viral, ditulis oleh Twitter, SimpleMan. Ceritanya mula ditulis pada tahun 2019 dan berakhir tanpa penutup pada tahun 2020. Filem ini memberikan penamat pada kisah dua beradik,  Hanif dan Isti, yang mana peminat cerita ini sudah lama tunggu nak tahu penamat kisah mereka dua beradik.


Sinopsis :


Mengisahkan Hanif dan Isti diminta pulang ke rumah keluarga mereka kerana pakciknya nazak. Sesampainya mereka di rumah, baru pakcik mereka meninggal. Cara kematian pakcik mereka sama seperti ahli keluarga yang lain, ibu kandung dan makcik. Peliknya, mereka dihantui oleh 'hantu' pakcik mereka. 



Tidak tahan diganggu setiap hari, Hanif mula menyiasat apa sebenarnya yang terjadi di rumah itu selepas Hanif dan Isti meninggalkan rumah ketika mereka masih kecil. Mereka terjumpa buku ritual bersama gambar Hanif sekeluarga di bilik pakciknya, seseorang melakukan ritual puasa sorop, iaitu amalan puasa mistik, tidak makan dan tidak minum, hanya makan tanah kubur untuk 'menghapuskan' orang yang mereka benci.



Sejujurnya, pada saya ceritanya tidak seram. Hantu wujud dalam suasana gelap yang kadang berkabus, kadang silau sebab Hanif dan Isti menyuluh lampu untuk 'mencari' hantu. Jalan cerita agak menarik, pelakon cantik, nampak ketakutan pada watak utama bila nampak hantu, menunjukkan pelakon menghayati watak. Cuma tak puas hati pada ending, mungkin pengarah follow based on twitter asal yang cerita tiada jalan ending.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

3 May 2025

Pertama Kali Ke Kelantan

Assalamualaikum readers


Pertama Kali Ke Kelantan | Entri yang terlebih basiii, basii dari tahun lepas 😔 Itulah kenyataan, hidup 34 tahun belum pernah jejakkan kaki ke Kelantan. Alhamdulilah rezeki suami bawa jalan-jalan, Nina dan family in laws ke Kuala Krai menghadiri majlis perkahwinan keluarga bakal adik ipar (adik kepada tunangnya). Alang-alang tu jale-jale ke Kota Bharu sekali.


22 Nov 2024, pukul 12.14 pagi sampai di Gerik. Jalan Banjaran Titiwangsa ni memang gelap.


Pukul 10.45 malam gerak dari Penang melalui Gerik, Perak. Lepas berhenti makan di area stesen minyak Gerik sebelum Tasik Banding, terserempak dengan gajah tengah makan di tepi highway. Pengalaman teman suami drive di kelilingi hutan tebal pada waktu malam + hujan gerimis + tiada lampu jalan + bukit bukau + spot kawasan kemalangan maut hanya Allah saja yang tahu. Nasib baik konvoi 3 kereta tak lah takut sangat.




Kalau dalam Tiktok netizen-netizen Malaysia bila accident suka kaitkan dengan hantu, dari pemerhatian sebagai co-pilot, kawasan kemalangan tu sebab utama laju+berkabus+jalan berbukit+gelap. Sesekali jumpa treler pun bawa slow saja. Alhamdulillah sampai homestay Kuala Krai pukul 5.15 pagi. Kebas punggung.


Lepas solat Zohor, baru gerak ke bandar Kota Bharu, 1 jam perjalanan. Jauh betul, maklumlah negeri Kelantan besar 😂 Plan nak cari baju nikah+baju family untuk kenduri adik ipar. Singgah mall di KB. Ini pun mall paling besar. Mencari makan di Black Canyon, tunggu giliran dalam sejam sebab ramai orang.


Black Canyon Iced Coffee sedap!

Teringat zaman kerja Watsons

Pukul 7 malam baru keluar dari mall sebab nak cari masjid. Nak solat dalam mall penuh dengan orang. Rupanya orang Klate ni patuh dengan perintah agama, sebelum azan berkumandang dah ramai tunggu di surau.

Singgah Hijabistahub cari baju tapi tak ada yang berkenan, dah nak tutup

Ayam susu sedap! 1st time makan di Hatyai,
pasar malam di Kelantan, merata orang jual


Apa yang best Kelantan ini adalah syurga barangan kemas dan makanan manis, semuanya manis. Kencing manis dibuatnya kalau tinggal di sana. Tak ada makanan pedas macam di Penang 😪 Hari kedua, hadiri majlis kenduri, tak ada gambar pulak sebab habis makan terus balik homestay. Kena pindah homestay lain. Pening dengan bakal adik ipar laki aku ni 😅 Hari ketiga dan sebelum balik ke Pulau Pinang, awal-awal pagi excited adik ipar no. 3 ajak makan Roti Titab. Makanan wajib di Kelantan.


Pukul 10 pagi baru sampai

Semua makanan tradisi Kelantan ada dijual di sini

Roti Titab Special

Singgah ketiga-tiga kedai tapi baju Leeyanarahman pun biasa-biasa saja 

Cuci mata, patut lah orang Kelantan pakai emas besar-besar. Emas Kelantan ini kepadatan emas tu tak sama macam beli di Habib, Poh Kong, Tomei tau sebab emasnya lembut, adik ipar beli, pakai tak sampai sebulan putus.


Credit google


Cuci mata sebelum balik. Semua peniaga adalah 90% kaum perempuan. Nak beli baju kelawar batik lukis harga RM 48, suami bisik tak payah beli, baju pakai waktu tidur buat apa beli mahal-mahal 😂



Lepas menternak lemak, singgah Pasar Siti Khadijah. Tempat wajib mak-mak borong makanan mentah untuk dibawa balik. Beli baju, toto dan beras Siam. Alhamdulillah berjaya tambah muatan kereta. Habis membeli terus gerak balik Penang. Ada rezeki jalan-jalan lagi ke Kelantan.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com