16 Oct 2025

Makan Di Teratak Wan Din Kali Kedua

Assalammualaikum readers


Makan Di Teratak Wan Din Kali Kedua | Hari sabtu lepas, hubby ajak breakfast kat luar, plan nak makan area Kepala Batas, sekali sampai di simpang tiga Pondok Polis Penaga melalui jalan kampung, jammed panjang, tengok waze tak ada apa-apa pun. Tak ada rezeki nak explore port breakfast orang melayu. Total breakfast RM 45.


Roti Bakar Telur Goyang - RM 6.50 (Harraz)

Budak ni habis makan sosej dia cakap mama dah tak boleh makan. Makan sosej hingga habis, roti Nina kena habiskan.


Hubby pun cari jalan alternatif lain dan bila tengok jalan dah boleh agak dia nak singgah berhenti makan di Teratak Wan Din. Tengok jam lagi 5 minit nak tutup dah, kedai dah lenggang tapi masih ada yang menjamu selera. Owner tanya pekerja, alhamdulilah makanan masih ada untuk kami 3 beranak 😂 Lepas tu ada kereta masuk, owner terus berlari inform driver kedai dah closed.


Chili Pan Mee Special - RM 12.50 (pilihan Nina) . Ini gambar makanan yang kena sabotaj, sampai terus hubby rasa dulu, owner kedai pun tegur sebab letak chili oil banyak.

Bahan : Mee, Serunding Daging, Ikan Bilis, Bawang Goreng, Daun Bawang, Telur Separuh Masak, Pak Choy, Chili Oil & Sup

Strawberry Soda Ais - RM 6.50, Kopi Hainan Vietnam Ais - RM 6.50 & Lemon Ais - RM 3.50

Lontong Biasa - RM 9.50 (pilihan hubby). Gambar asal tak sempat snap, dah masuk mulut. Gambar contoh macam ni.

Bahan : Nasi Impit, Kuah Masa Lodeh, Sambal Ikan Bilis, Telur Separuh Masak & Cili Potong.


Untuk menu kali ini, kami nak cuba yang lain pula. Sebelum order tu staf inform set Nasi Lemak dah sold out. Memang nasi lemak di TWD sedap ya. Peel hubby kalau sedap di tekak, dia akan repeat. Guna waze confirm sampai.

14 Oct 2025

Makan Nasi Lemak Burung Hantu, Penang

Assalammualaikum readers


Makan Nasi Lemak Burung Hantu, Penang | Kalau di Penang (dalam pulau) setiap hari Ahad dan Isnin,  rata-rata kedai makanan tutup. Sekali keluar cari makan dan beli pasir, makanan kucing mama. Hubby ajak makan nasi lemak ni tapi dah beberapa kali kami laki bini lalu depan restoran mesti full selepas pukul 8 malam. Total makan dalam RM 47.50


Nasi Lemak Basmathi Ayam Berempah - RM 15.40 (Best seller) dan Sirap Limau - RM 4.70 . Mama ambil menu sama + Teh O Ais - RM 3.70, Milo Ais - RM 5.30 & Nasi tambah RM 3


Jadinya, kami singgah solat Maghrib di Masjid Al-Bukhary, Sungai Pinang. Dah selesai solat terus ke town, sampai restoran memang meja dah hampir penuh walaupun baru pukul 7.50. Servis laju dan staf sangat friendly ya. Patutlah ramai customer, ada pelancong dari UK dan Indonesia. Ini antara satu-satunya branch di utara dan yang baru sahaja dibuka pada tahun 2025. Branch Selangor/KL boleh tengok di sini.


Restoran bersih



5 minit menunggu dapat air minuman. Makanan share dengan Harraz, tak sedar dah habis setengah pinggan dia makan 😂 Terpaksa lah Nina minta staf tambahkan nasi. Kami tak menunggu terlalu lama, makan tak sampai 1 jam terus balik. Alhamdulilah sambal sedap! Menepati tekak orang utara yang makan pedas ni. Satu masalah saja, tempat parking terhad, boleh park area Masjid Kapitan Keling atau lorong Little India dan jalan kaki sebab restoran tepi jalan utama.


Alamat : No 2 & 4, Lebuh Chulia 10200 George Town, Pulau Pinang.

No fon : 012-696 1553

Waktu Operasi : 7 pagi - 4 pagi

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com