22 Dec 2016

Resepi Udang Goreng Bersalut Oat


Assalamualaikum Readers..


Resepi Udang Goreng Bersalut Oat | Tak terfikir pun nak try resepi ni tapi since ada sorang kakak tunjuk gambar dinner di kedai terus balik rumah dan masak. Memang mudah sangat dan menjadi makanan untuk bersahur awal bulan Disember ni. Alhamdulillah, malas ke laut pun berjaya ganti puasa. Kipidap Nina 😃 Haha



Udang Goreng Bersalut Oat



Udang goreng bersalut oat / nestum ni siap tak sampai setengah jam. Kat rumah tak ada oat atau nestum yang original jadi Nina bedal Quaker Oat paket merah tu. Bila dah goreng, makan ada rasa manis sikit dikulit udang. Nyumm nyumm 😋



Udang segar dari laut




Bahan-Bahan :



 11 Ekor udang besar (udang laut sebab lebih manis dari bela) *optional ikut suka berapa ekor, nak buang kulit atau tak


1 Biji telur


1 - 2  Cawan tepung gandum / jagung


1 - 2 Cawan oat / nestum


2 cubit garam



Closed up udang ranggup 



Cara-Caranya : 



 1. Kupas kulit udang tinggal bahagian ekor sahaja


2. Pukul telur dan letak sedikit garam, kemudian ambil udang yang siap di kupas kulit dan celup ke dalam tepung gandum / jagung.


3. Udang yang telah di celup tepung kemudiannya di celup ke dalam telur.


4. Lastly, celupkan udang ke dalam oat / nestum, goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan sedia di hidang. 




10 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com