28 May 2020

Beli Cincin Nikah Di Habib Jewels Dan Pandora

Assalamualaikum Readers


Beli Cincin Nikah Promosi Raya Di Habib Jewels Dan Pandora | Zaman membesar bersama Habib Jewels dan memang suka design-design dorang setiap tahun. Nak beli barang kemas memang kena tunggu raya baru boleh beli. Harga cincin berlian drop dari RM 1000++ ke bawah RM 900. Harga semua ikut design dan berat. Alhamdulillah, rezeki Nina dapat harga staf (tunang kepada bos tunang Nina staf Pandora) 😍😍 Kalau tak kerana PKP rasanya lebih banyak duit melayang tahun ni. Semua cantik-cantik. Nanti lepas nikah akan review cincin tu, tunggu nak interview dengan pejabat agama. Counting days 👰🏻🤵🏻 



Mulanya berkenan cincin emas Habib ni

Dapat juga cincin nikah

Beli time raya mesti dapat sampul free

Dua-dua cantik! 


Hari-hari tengok IG Live Habib Jewels dan ig story Ika 😂🤣 Mak tak kuat, kalau ada duit memang nak beli subang Pandora jugak. Betul lah kata mak, orang perempuan ni kalau tak pakai barang kemas nampak tak berseri, kosong. Sekarang baru faham apa maksud dia. Umur pun nak masuk kategori mak-mak dah tahun ni. Tapi blogger Alia bagi tau, Pandora lebih cantik dan murah kalau beli di Aussie. Nasib ada kawan masa study menetap di Melbourne. 



Pilihan kedua cincin berlian Habib sebelah kiri tapi size tak ada


Cincin Pandora pun tak kurang hebat tapi tak ada nilai 



Kalau ada rezeki, hadiahkan orang yang tersayang barang kemas. Mesti suka. Tak bawa dinner di hotel/restoran mewah pun tak apa. Jangan tiru macam dalam drama melayu. Rata-rata kawan-kawan tunang dan sepupu Nina pasti dorang hadiahkan barang kemas sempena birthday, anniversary atau pun lepas beranak 😝 (seronok sepupu, beranak 2 kali dapat gelang emas). Rezeki masing-masing kan. Suami tak kedekut dengan isteri, In shaa Allah rezeki lebih. 






Subang Pandora ni antara yang berkenan di hati. Banyak lagi design-design. Boleh terjah ke butik Pandora berhampiran rumah ya. Habib Jewels akan buat sale raya sehingga 30 Mei 2020 !! 📢📢 Jangan lepaskan peluang terjah Habib dan Pandora. Settle nikah, Nina share cincin berlian apa yang disarungkan untuk hari bersejarah.

2 comments:

  1. Kami duk giler kat pandora sekarang. Ingatkan dapat kumpul duit beli pandora. Tup Tup kereta plak rosak.Sabor je la

    ReplyDelete
  2. Rambang mata tengok barang kemas tu kan?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com