Assalamualaikum Readers
Tips Hilangkan Kesan Minyak, Peluh Dan Makeup Di Tudung | Siapa yang pakai tudung mesti akan ada masalah macam ni. Hahah. Masalah sejak azali, tudung pun macam baju juga, akan kena macam-macam bukan setakat minyak, peluh, make up tapi makanan. Ya itu namanya bila makan, tudung makan sekali 😆😅 Sebelum-sebelum ni pakai apa saja tudung tak pernah nak belek, asal kotor terus rendam dan basuh. Sampai lah ada ternampak tips kat mana entah, nak hilangkan semua kesan-kesan ni hanya guna bedak talkum.
Tips hilangkan kesan kotor di tudung hanya guna bedak talkum |
Bentangkan kain tudung dan tabur bedak di kawasan yang ada kesan. Bedak akan serap kotoran tu |
Yaaa bedak talkum bukan untuk pakai di badan atau muka ya anak-anak tapi di bawal/shawl. Lepas pakai tudung, bentangkan dan akan nampak kesan-kesan most wanted jadi boleh ambil bedak dan taburkan di kawasan-kawasan sewaktu dengannya yang kotor tu. Mudah saja, beli bedak untuk tudung. Kalau sayang tudung tak kisah harga murah atau mahal tapi tak jaga tak guna guna. Lepas pakai berkali-kali tanpa letak bedak lama kelamaan kawasan kesan kotor tu tak akan hilang. Jadi mati dan kekal di permukaan kain.
Sesuai untuk yang rajin nak jaga pakaian sendiri, boleh cuba buat dan amalkan. In shaa Allah, fabrik tudung dapat dijaga dan tahan lebih lama. Kalau dah pakai tudung harga beratus pun kalau tak reti jaga tak guna juga. Tudung harga berpuluh hingga 100++, Nina akan bedakkan dulu sebelum cuci. Sayang duit.
Lepas taburkan bedak, boleh gulung macam ni selama yang mungkin. Suka biarkan sejam, kemudian rendam dengan sabun sebelum dibasuh |
Sesuai untuk yang rajin nak jaga pakaian sendiri, boleh cuba buat dan amalkan. In shaa Allah, fabrik tudung dapat dijaga dan tahan lebih lama. Kalau dah pakai tudung harga beratus pun kalau tak reti jaga tak guna juga. Tudung harga berpuluh hingga 100++, Nina akan bedakkan dulu sebelum cuci. Sayang duit.
Nasi naik petua senang. Memang ada bedak talkum.
ReplyDeletewahh. nice tips.. thank you for sharing..
ReplyDeleteSelalu kalai ada kesan minyak dari percikan makanan melekat kat tudung selalu terus cuci dengan sabun jer . Lepas kawan CCL bagitahu tips letak bedak ke kawasan kotor tu memang berkesan . Sekarang follow tips ni je
ReplyDeleteHaah.. Tips guna bedak sblm ni ada baca kat FB. Kalau tudung mahal, sayang plak kalau tak terjaga dengan elok kan
ReplyDeleteWahhhh tq tips. Sebab tudung kita selalunya bukan kena minyak makan, tang muka berminyak kena kat tudung. Shawl hitam selalu paling obvious huhu.
ReplyDelete