Assalamualaikum Readers
Tips Bela Kucing | Sebelum ada anak sendiri, bela kucing dulu baru boleh tahu kemampuan diri macam mana, layak atau tidak especially nak bersihkan tahi atau air kencing 😁 Confirm ada yang marah dengan statement Nina. Anak disamakan dengan kucing. Basic bela kucing lebih kurang macam bela anak. Paling penting kena banyak membaca, sebab kucing salah satu keluarga kita. Ingat, bela kucing ni bukan sebab ikut trend, artis bela berbelas ekor, kita pun nak follow tapi tak mampu jadi tuan yang bertanggungjawab.
Umur 6 bulan, dah start ajar makan wet food |
First kucing juga perlu vaksin/inject untuk elak sakit, akan ganggu tidur korang yang dibuai mimpi 2 3 pagi, akan merengek mintak makan, susu dan macam-macam lagi. Bela anak bukan senang, kena ada ilmu, barang apa yang perlu ada dan kegunaan. Buat sesiapa yang baru berjinak-jinak nak bela kucing. Boleh refer entri ni 😀🤓 Kalau kucing mintak makan pukul 4 pagi pun bising, macam mana kalau anak menangis waktu itu??
1. Botol susu
23/7/2017 - tak pasti siapa punya kerja |
- Nina bela dari baby jadi memang perlu guna botol susu tapi tak semua kitten pandai. Lastly guna syringe untuk suap susu tak kira 3 atau 5 pagi, Nina akan bangun. Boleh beli susu kambing untuk kitten tapi bila dewasa kena stop sebab tahi kucing agak keras, gantikan dengan Dutch Lady full cream.
2. Kepit Kuku
- Ya, kucing pun ada kepit kuku khas. Kucing-kucing Nina agak tak suka kalau kena kepit sebab nanti nak mencakar tak syok 😂
3. Vaksin
- vaksin wajib dari baby, maka kurang lah anak kucing nak jatuh sakit, selsema dan demam. Perlu tahu ya, baby manusia yang baru lahir perlu vaksin guna duit sendiri, kerajaan tak bagi freee 😝 certain vaccine only. Tunggu ada anak lah 😆
4. Kolar Kutu
Kolar kutu kucing senang di pakai |
- Lebih kurang untuk elakkan kucing ada kutu. Nanti badan pun tak sihat, habis darah kena hisap. Kolar ni ada ubat kutu, jadi lebih selamat dipakai dari jenis cecair.
5. Feeding Kit
- alat ni untuk memudahkan bagi kucing makan ubat, terutama ubat biji. Jarang guna sebab kucing tak suka ubat pahit, kalau ada flavour no worries.
6. Ubat cacing
- siapa kata kucing tak ada cacing. Kalau kucing tak ada selera makan tapi sihat maknanya cacing banyak dalam perut. Jangan risau cacing akan keluar bersama najis. Ubat cacing selalunya doctor bagi makan. Senang. Kalau bagi makan kat rumah, punya susah nak buka mulut lepas tu diluah balik 🤦🏻♀️🙄
7. Ubat telinga
- Kucing Nina hanya sesuai pakai brand ini saja. Cecair berwarna kuning cair akan tahan selama 4 atau 5 bulan di dalam telinga bagi mengelak fungus membiak dalam telinga. Kucing akan gatal, lama kelamaan boleh jadi pekak. Kerap rajin cuci telinga bila kotor.
8.Belanja makanan mahal, jangan kedekut
Friskies Party Mix - RM 50 (sekotak-10 paket kecil) |
Manja sangat, telinga bersih boleh nampak urat dan kemerahan |
- kucing pun macam manusia, jemu makan makanan yang sama setiap hari. Sekali sekala tukar brand, selera kucing akan bertambah. Murah rezeki tuan. Masalah bagi kedua-dua kucing Nina ialah bila bagi makanan brand lain, yang lama dah tak makan. Ko rasa?
9. Vitamin & ubat fungus
- ini paling latest Nina beli di Shopee masa sale 11.11. Vitamin tu repeat order, manis rasanya dan kucing Nina suka. Tambah selera makan.
Bexton tu ubat fungus, kerap naik berketul-ketul di leher dan kepala tapi disebabkan rasanya pahit. Tak sanggup nak bagi makan.
10. Kapas
- guna untuk cuci bekas berak dan air kencing masa kucing masih bayi. Menggalakkan untuk membuang di dalam bekas. Waktu ni kena ajar jangan membuang merata-rata. Kapas juga untuk cuci telinga kucing, di area cuping.
11. Syringe
- yang ini wajib spare banyak kat rumah. Berguna dari kitten hingga adult. Memang senang nak bagi makan apa saja guna benda ni. Kadang kala kucing akan jadi mengada, tak nak jilat. Nak juga tuan guna syringe.
Setakat ini saja barang-barang yang perlu ada untuk kucing kesayangan. Nanti ada yang lain Nina tambah. Nasib bela 2 ekor, kalau ramai pening kepala nak menjaga. Setakat ni, tak susah nak cari wet food dan dry food yang kena dengan selera kucing. Cuma kena beli pack kecil, kalau ok baru repeat order.
banyak juga...dah mcm anak org juga standby medication dia erk....comel je tgk anak kucing tu...bru tahu kolar tu pakai utk ubat kutu...igtkan perhiasan ataw tanda nama kucing/tuan...
ReplyDeleteHenrietta : Ada juga kolar utk tanda nama tuan tapi bkn utk kutu
DeleteBanyak juga perkakasannya..
ReplyDeleteTerima kasih terperinci maklumat. Untung kucing-kucing Nina dapat sebagai tuan.
ReplyDeleteNA : Sama-sama. Rezeki kucing juga
DeleteBetullah tu bela kucing sekali dengan tanggungjawab kalau ajet-ajet ikut trend baik tak payah.
ReplyDeleteKucing Mrs. A ada yang vaksin ada yang tak. Cuma selalu bagi supplement vetri dmg liquid.
Mrs A : Betul skrg ni ajet2 ikut trend lps pkp byk yg buang kucing merata2 sebab tak mampu nk jaga
DeleteTekun Sal baca entry ni walaupun takde bela kucing kat rumah. Tak tahan bulu. Huhu. Setakat bagi makan jela kalau ada pun.
ReplyDeletebetul tu kucing ni kena bagi makan sedap , kalau kita makan ayam dorang pun nak mkn ayam bukan tulang
ReplyDeleteSophea : Kucing zaman 2020.. semua benda nk makan
DeleteGood tips! Next time kalau readers DLSL tanya psl hal kucing, akak refer dorg ke blog Nina ya. Akak dah x jaga kucing skrg ni, dah delegate tggjwb tu kat anak2.😊
ReplyDeleteZurainny : Thank you akak! Boleh-boleh, memang untuk rujukan cat lover.
Deletebguihnya la nina..sume bnda lengkap ada. mcmtu bru btul jaga kucing kan..ni x..ade yg tau nak bela tp xtau nak jga..huh
ReplyDeleteYaya : Dh bela kena jaga betul2.. tak nk kena soal di sana, buat aniaya haiwan. hehe
Deletenice sharing, kite baru jinak jinak nak bela kucing :)
ReplyDeleteboleh try tengok sini jugak untuk basmi kutu ubat kutu kucing
ReplyDelete