Assalamualaikum readers
Hukum Guna Duit Raya Anak? | Menjelang hari raya, berakhirnya puasa 🎶🎶 Tiber muncul lagu raya tiap kali balik kerja. Tahun ni tak pasti lagi berapa duit raya Harraz. Tahun lepas bahagi 5% masuk ASB, selebihnya Tabung Haji. Seronok jadi mak-mak ni dapat kira duit raya anak macam kira duit bonus 😎 Risau juga jadi mak mata duitan ni, dia terguna bila waktu terdesak. Setakat ni guna duit tabung Harraz, pun kena ganti balik. Takut hukumnya jatuh haram bila tak ganti.
Hukum Guna Duit Raya Anak
Budak budak manalah reti nak menguruskan duit. Lagi duit banyak lagilah mereka suka. So far Harraz cerdik, kalau duit dalam tabung memang dia tak ambik pi 7E. Dia guna duit mama atau baba 😂 Duit 5 sen pun dia simpan tabung apatah lagi duit kertas. In Shaa Allah, dah terapkan sifat menabung tu untuk tidak beli mainan atau jajan.
Inilah masanya untuk ibu bapa yang menguruskan segala duit anak anak, termasuk duit raya. Tetapi ingat ya, duit raya anak adalah kepunyaan anak dan ibu bapa hanyalah pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah anak anak sudah boleh menguruskannya sendiri.
Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun wajib dibayar semula.Ulasan dari Ustaz Azhar Idrus (UAI) - "Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain.Haram guna duit raya anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak untuk membayar elektrik. Walau bagaimanapun, ia perlu dibayar segera."
good sharing.. tq
ReplyDeleteTu pasal habis cuti raya je, kena cepat-cepat masuk dalam akaun anak. Supaya kita tak terpakai, kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. perkongsian yang bagus..
ReplyDeletesian anak kalau ibubapa guna duit depa...menabung utk masa depan..
ReplyDeletebesar dah Harraz, tau2 dah pandai shopping 7E
ReplyDeleteHeheh.. kaki pau orang
Deleteorg bagi duit tu ke anak maka otomatik jd milik anak. bla kita ambil dah kira mcm pencuri. status sbg ibu bapa bkn lesen utk kita sewenang wenangnya ambil duit or harta anak
ReplyDeletebaik menabung dr sekarang. nnt dah msk u x laa kite menggagau nak cari duit sana sini byr yuran dan pd ms sm boleh elak hutang ptptn
ReplyDelete