29 Jul 2025

Review Filem A Normal Woman (2025)

Assalammualaikum readers


Review Filem A Normal Woman (2025) | Nak habiskan tengok filem ini pun bercinta selama 2 hari. Berebut remove tv dengan anak tu perkara biasa. Filem dari Indonesia yang baru sahaja release di Netflix.



Sinopsis :


Mengisahkan kehidupan serba moden Milla bersama suaminya, Jonathan yang hidup serba mewah bersama anak gadis mereka dan ibu mertua. Semuanya berubah apabila Milla mengalami penyakit kulit yang kronik dan berkaitan dengan masa silamnya.




Dalam masa yang sama Milla mengalami anxiety kerana gangguan halusinasi dari seorang kanak-kanak yang mengalami luka parah di muka. Sehingga tibanya, Erika ke rumah untuk make up mertuanya untuk majlis harijadi. Rupanya, Erika rakan Milla dari kecil lagi. Erika juga bercita-cita nak kaya seperti Milla. Akhirnya terbongkar semua cerita yang disimpan oleh ibu Milla.


Lepas tengok ending, rasa nak campak remote 😂 ingatkan cerita penyondol tapi bukan. Kebanyakan scene dalam filem ini di habiskan dengan seribu tanda tanya. Siapa Milla dan apa kaitannya dengan Grace. Tak faham apa kaitan kisah silam Milla dengan penyakit kronik yang menghantuinya. Jalan cerita tidak kukuh, banyak tanda tanya.


🌟🌟🌟🌟/10

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com