30 Jul 2025

VISTANA @ Sedim Riverside Resort Kedah

Assalammualaikum readers


VISTANA @ Sedim Riverside Resort Kedah | Cuti umum birthday Yang Dipertuan Agong bulan Jun lepas, kami habiskan masa BBQ dan bermalam di sini. Port healing terbaik di Kedah.



Resort kami


Kalau sebut Sedim, biasanya orang akan ingat tempat beriadah tepi sungai sebab Sedim antara lokasi yang terkenal. Sungai tidak lah terlalu dalam dan arusnya tidak deras. Sesuai nak bawa anak-anak. Alhamdulillah kami tegur nyenyak dan tiada gangguan hantu. Yang tak tahan nyamuk boleh bawa ubat nyamuk.


Yang ada khemah boleh berkhemah di sini. Area biras berenang tepi batu itu agak dalam untuk kanak-kanak.


Bilik ke 2. Ada 8 biji tilam dan bantal. Bantal tu jangan expect empuk macam di rumah atau hotel 😂 Ada 3 bilik mandi, water heater tak disediakan.


Suasana waktu malam boleh tahan sejuk


Penginapan berbentuk rumah kampung. Ada beberapa pilihan bergantung pada jumlah orang yang akan menginap. Di tepi-tepi sungai juga ada chalet yang sesuai untuk keluarga kecil. Selain itu, disediakan tapak perkhemahan untuk mereka yang mahu ber'clamping' .


Katak yang ditangkap oleh biras Klate. Dia nak menyakat bini




Ada juga disediakan aktiviti-aktiviti lain seperti jungle tracking, flying fox, ATV dan lain-lain. Cafe di sediakan, makanan biasa saja. Boleh juga keluar ke kawasan kampung beli makanan tapi jauh nak keluar dan waktu perniagaan pada siang sahaja. Kami bawa bekal makanan dari rumah dan perkakas sendiri untuk masak di resort.



Klik sini untuk tengok pakej 


Kalau nak healing dalam suasana hijau, nyaman tempat ini boleh dijadikan pilihan. Cukup privasi dan tak dikunjungi oleh orang luar. Tapi kalau musim hujan tak digalakkan. 

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com