8 Sept 2025

Makan Di Damascus Bukit Bintang

Assalammualaikum readers


Makan Di Damascus Bukit Bintang | Bersambung dari Gula Cakery, ada usulkan keinginan nak makan Damascus sebab tiap kali lalu BB tak dapat masuk sebab crowded dan bersesak, cadangan dari cousin hubby, dorang selalu order Food Panda saja. Malam esoknya, alhamdulilah sampai, ada rezeki dapat beratur hanya 30 minit sahaja.


Creamy Shakria Lamb - RM 42.90
(Mola-mola makan sedap, lama kelamaan rasa creamy tak boleh go, kena minum banyak air bergas)

Beef Shawarma - RM 19.90 . Menyesal beli 1, sedap namati!


Damascus, restoran Timur Tengah inspirasi ownernya yang berasal dari negara Syria. Kalau korang perasan ada 2 restoran Damascus di BB dan kedua-duanya full house tapi kami dapat makan di 'new branch' alamat 130 bukan sebelah Wolo Hotel 😁 Disebabkan hanya nak merasa, kami tak order terlalu banyak jenis makanan sebab Harraz tak makan banyak sangat. Makanan hubby tak sempat nak snap, tuan badan dah ngap dulu. Kebulur sangat dah asbab tunggu lama.


Suasana tak nampak crowded, kalau tidak macam nak ambil makanan secara percuma


Restoran agak sempit, bagi Nina lah sebab 2 beranak nak keluar pun jenuh kena minta izin orang belakang

Port wajib selfie kalau singgah BB, masa ni hujan renyai. Jenuh berlari anak dari Damascus sampai Pavillion.

Merdeka 118 Tower


Percayalah, kalau makan nasi pak Arab memang tak boleh habis. Haha.. so jangan tamak. Melainkan memang datang ramai-ramai boleh pilih menu banyak sikit. Itu pun tapau bawa balik sebab makan pun termonyeh-monyeh. Total habis RM 100++ (3 makanan+2 air). Next time rasanya tak walk in dah kot. Prefer order saja, mak tak kuasa nak berdiri lama-lama sambil jadi kaunter pertanyaan si anak.

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com