10 Mar 2013

Review Filem Jack the Giant Slayer




Selamat berhujung minggu dan selamat pagi.. Pagi nie terjaga awal pulak. Baru teringat semalam lepas balik dari Queensbay terus aku tidur tak sedarkan diri. Ada orang ajak pi tengok wayang. Hehe.. Sesapa yang tak tengok lagi movie nie cepat-cepat la tengok. Memang best dan tak rugi. Jom kita beradventure. Wee ~~ 




Ceritanya bermula apabila seorang budak bernama Jack suka baca kisah dongeng Raja Eric menyelamatkan Albion dari raksasa. Di istana Cloister, Putri Isabelle juga seperti Jack suka kisah moyangnya sendiri. Awalnya manusia terjumpa biji kacang yang telah disihir. Jika biji terkena air, ia akan tumbuh besar hingga ke langit. 


Manusia pertama yang panjat pokok itu dan menemui negeri yang dihuni raksasa pemakan manusia. Raksasa turun ke bumi dan Raja Eric membunuh ketua mereka dan mengambil jantungnya dibuat mahkota. Mahkota itu dapat mengawal raksasa yang dihukum kembali ke tempat asal. Pokok ditebang supaya raksasa tak kembali ke bumi hingga raja mati, mahkota dan biji kacang dikubur bersama. 




10 tahun kemudian Jack dan Isabelle bertemu di sebuah pertunjukan drama Raja Eric. Di dalam istana, seorang sami mencuri biji kacang dari tempat Lord Roderick yang berniat menguasai kerajaan Cloister. Sami itu kemudian menukar biji kacang dengan kuda Jack. Sebiji kacang jatuh ke lantai rumah jack dan ketika itu Isabelle lari dari istana dan terjumpa rumah Jack. Air hujan yang terkena biji membesar dan membawa rumah dan Isabelle. 


Bermula misi menyelamatkan Isabelle. Overall movie nie memang best. Aku suka kalau ada babak adventure + lawak. Scene paling lawak time salah sorang chef raksasa nak masak Isabelle dengan Elmont. Dia cincang sayur sebijik macam style chef hotel tapi yang gelinya raksasa tu korek hidung siap garu-garu punggung. Hahaha.. 



Raksasa pertama Jack bunuh..tertikam dengan pisau


Raksasa nie pulak kena kacau dengan lebah..kesian mati terjatuh



Fee-Fi-Fo-Fum = Apakah itu? Jadi kena tengok movie nie. Baru dapat jawapannya :)



Tengs kat si dia sebab belanja tengok wayang. Tak rugi duit tengok. Malangnya aku pening dan muntah pulak. Hadoii macam-macam hal nak jadi. Nasib baik pagi nie kepala dah tak sakit macam semalam tapi mak pulak dikejarkan ke klinik kerana pipi membengkak lepas demam :(  


🌟🌟🌟🌟


9 Mar 2013

Kisah Hantu Di Asrama Kolej

Assalammualaikum.


Tetiba saja rasa seram. Nak dijadikan cerita masa sampai lab pepagi buta semalam, aku macam biasa bukak lampu. Tapi pagi tu, budak sorang pun takda. Jadi aku masuk toilet dan keluar lepas tengok ada orang dalam toilet. Seramnyaa. Rupanya makcik cleaner, patut la tak nampak dia sapu kat tangga macam biasa. Lepas tu boleh pulak cerita kisah hantu kat dalam lab tu, ada kisah-kisah seram yang aku dengar. Hish meremang bulu roma kami berdua.. 



Balik keja terus aku cerita kat mak. Last-last mak pulak bukak cerita anak jiran nampak penunggu masa hantar anak dia balik asrama di Kelantan. Lagi seram ler. Aku ingat lagi, masa zaman kena duduk asrama. Punya la takmaw dok asrama last-last kena jugak masa sambung belajar kat Ipoh. Masuk bulan julai setiap tahun mesti ada kes histeria dan rasuk kat asrama. Aku rasa dorm kami punca jadi macam tu. Time tu syok sangat main tepung, start lepas tu semua dorm kena kacau. Susah nak lupa, kiri dan kanan bilik kami tiap-tiap malam ada orang menangis, menjerit, meracau, rasuk dan paling seram dengar budak gelak mengilai. Setiap malam Jumaat, aku tengok sendiri budak kena rasuk tu dengan suara yang lain bercakap, gelak dan setiap Jumaat ada ustaz datang asrama buat bacaan Yassin dan tabur lada hitam keliling kawasan asrama. 



Bertujuan untuk pagar kawasan asrama dari dimasuki makhluk-makhluk halus. Aku sendiri pernah kena tindih masa tidur, hanya bacaan surah beberapa kali dalam hati barulah "benda" tu lepas. Nak baca tapi suara tak terkeluar dari mulut. Dengar ada benda duduk dalam loker sedang cuba untuk menakut-nakutkan kami dan ada termimpi sepasang kanak-kanak jatuh dari tempat tinggi. Mungkin bangunan asrama kami kot. Buktinya, budak bilik terakam gambar "benda" secara tak sengaja di tingkap. Setiap kali petang Jumaat, mesti aku balik rumah. Tak sanggup rasanya kena kacau sampai habis sem. Cukup lah setahun kena kacau sebelum dibenarkan keluar dari asrama.  






Hantu perempuan di luar tingkap asrama
Gambar bertarikh 27/9/10, 10:47 malam.. Kat tingkap tu kami panggil "Isabel"



Alkisah masa belajar di Kedah, rumah sewa sendiri ada hantu raya. Housemates selalu dengar bunyi kat siling rumah, aku saja yang tak rasa apa-apa. Benda tu memang tak kacau aku. Masa otw pi kolam air panas di Baling, aku nampak orang tanpa kaki dok tepi pokok. Time tu pukul 3 pagi dan kawan aku si driver nie nak turun bertanya sebab kami sesat jalan. Memang macam-macam benda aku nampak tapi itu semua peringatan supaya mulut tak celupar. 



Yang terbaru, masa kursus di Langkawi hujung tahun lepas. Dapat bilik bawah dan mengadap jalan memang tak takot tapi ada sekali tu masa tengah mandi, wap air panas buat cermin jadi kabur tapi aku nampak bayang putih lepas tu tengok balik dah hilang. Jadi relax saja. Kawan sebilik pulak jumpa rambut uban panjang dan dia tertanya mana hilang sabun mandi dan gelang kaki dia. Patut la si pelayan, Nazirul tu takmo bukak mulut. Buat adik-adik yang dok asrama or yang satu hari nanti tinggal kat asrama..kuatkan semangat! Rajin solat dan amalkan baca Al-Quran.. In Shaa Allah kita akan dilindungi selalu..


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com