19 Dec 2015

Rockstarz Burger Sungai Ara Kali Kedua

Salam Readers..


Terjah Rockstarz Burger, Sungai Ara kali ke 2 memang dalam angan-anganku. Lately blog petai belalang ni dah banyak mempromosikan bab makanan tapi tuan blog tak gemok-gemok pun *ayat sensitip larikkk.. Al kisahnya lepas event "Jump Street Trampoline Park Penang" haritu terus ke kedai burger. Kiranya buang lemak lepas tu tambah lemak berkilo. Kali ni try order burger The Rockstarz (Heavy Metal) + 2 cawan meatballs


The Rockstarz (Heavy Metal) . Jangan terkejut tuan blog makan 3 layer daging



Start mengidam lepas balik event bersama tokey kedai "Rockstarz Burger @ Sungai Ara" ini la. Rumah dekat boleh la hari-hari singgah kedai burger. Yang stay di mainland telan air liur jelah. Kalau singgah ke Penang, jangan lupa terjah Rockstarz Burger ! Burger yang setanding McD. Patty buatan sendiri tau. 


Harga :

1 The Rockstarz (Heavy Metal) - RM 9.65
1 Ice Lemon Tea - RM 2.95
2 Rock Ball (Meatballs) - RM 9.50

TOTAL : RM 22.10  


Team #projekbloggerutara memang kaki makan 

Tengok muka ni banyak kali boleh lapaq



ROCKSTARZ BURGER

118, Taman Tunas Muda,
Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas, Penang.

Tel : 019-429 9309 (Sg. Ara)
016-446 6036 (Ayer Itam / Greenlane)

Business Hours : 5.00pm - 1.00am (Isnin - Ahad)

Official IG : @rockstarzburgerofficial

Official FB : Rockstarz Burger


17 Dec 2015

Makan Di Pasta Zanmai, Gurney Paragon Mall, Penang

Salam Readers..


Makan di Pasta Zanmai, Gurney Paragon Mall | Pasta Zanmai jadi pilihan kaki makan dan menternak lemak. Pasta Jepun?? Pertama kali makan not bad juga. Mungkin juga kami berdua ni hantu pasta. Hahaha.. Demi pasta Jepun ni, sanggup cari sampai ke tingkat atas Gurney Paragon tu. Dukacita ini entry 6 Nov lepas. Haha *busy sesangat 


Pasta Zanmai Entrance Gurney Paragon


Comelnya deco dalam resto ni. Boleh makan sambil tengok laut


Mulanya takut juga nak masuk sebab takda muka 'malay' tapi lama-lama fikir mungkin orang tak berapa tau resto ni. Menunya agak banyak dan pastinya Japanese Style. Kalau perut melayu boleh oder nasi ye. Selalunya makanan Jepun wajib ada menu Green Tea serupa macam Sushi King. Jangan risau buat orang yang kurang space perut sebab boleh pilih menu sederhana kalau nak tambah boleh juga.


Pilihan BF Seafood Tomato Sauce Pasta

Pilihan Nina Prawn Tempura Pasta with Sesame Street Sauce

Menu untuk bulan Disember. Murahkan?

Masuk lah mana-mana resto Jepun wajib ada Green Tea 

Pencuci mulut yang sedap ! 


Akhirnya kami decided nak makan pasta jenis seafood memang sedap. Tak oder lebih-lebih takut tak termakan dan rasanya akan kembali lagi untuk cuba menu lain contoh macam pizza's ! Minuman pula Ice Lemon Tea. Rupanya disini every month akan ada new menu dan wajib cuba. Menu aiskrim pun sedap-sedap.



Harga makan ber 2 di Pasta Zanmai dan totalnya :



1 Ebi Tempura no Gomadare Shitate (Prawn Tempura Pasta) - RM 17.00


1 Seafood Tomato Sauce Pasta - RM 19.00


2 Ice Lemon Tea - RM 12.00



SUBTOTAL : RM 48.00

6% GST : RM 2.72


TOTAL : RM 50.72


PASTA ZANMAI GURNEY PARAGON MALL

163D-6-38, Level 6
Gurney Paragon Mall,
Persiaran Gurney
10250 Pulau Pinang.

Tel : 04-218 9600

Business Hours : 10.00 am - 10.00 pm (Monday - Sunday)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com