11 Jan 2016

Makan Meatballs Di IKEA, Cheras

Salam Readers..

Makan Meatballs di IKEA, Cheras | Meatballs Sedap di IKEA yang baru dibuka. Sambungan dari "Magnum Cafe Mid Valley" . Entry basi bulan 11 tahun lepas, busy ke laut macam gini lah dan masih berbaki 3 entri kesemuanya pasal backpack. Ok, demi permintaan retis Ruhil yang nak sangat tengok muka mamat loyar buruk ni maka blogger petai harus lepaskan sekeping. Sekeping je?? Eh cukup lah nanti readers muak.



Meatballs IKEA kegilaan ramai termasuk kami !

Kalau singgah ke KL wajib ke IKEA

Ayam kegemaran bf


Malam Sabtu, 21 Nov lepas, walaupun hujan lebat kami teruskan juga ke Cheras jam 8.30 malam, semua risau tak sempat makan takut dah tutup. Abam Napis dengan muka mengidam pun usung awek's ber 4 ke sana sebab dia pun teringin. Semua rushing sebab lepas makan dalam 11.30 kami sampai di Uptown Danau Kota. Teman si dia yang nak tukar cover Iphone. Kaki berjalan sungguh. 



Ramai sungguh manusia malam tu. Que panjang

Mastura ni bekas blogger yang bersara, Maslinda pula kawan study, serumah etc

Suka decoration IKEA Cheras yang teratur dan besaq ! Muka sengih dapat makan 

Lot Parking yang besaq. Memang puas berjalan dalam tu, masa untuk balik

Makanan sini murah-murah kan? 



FAKTA IKEA, CHERAS


  • 20% lebih besar dari IKEA Damansara. WohoOoo dan opcos tetap akan penuh dengan manusia. Kalau ada 10 branch pun still penuh. Semua pakat nak menternak lemak plus berangan nak deco rumah, ada yang terlentang atas tilam sampai tidoq terus. 
  • Cafe IKEA lebih besar dari Damansara. Kalau kat sana boleh muat 500 orang tapi di Cheras, 780-800 orang boleh sekali makan. 
  • IKEA Cheras merupakan cawangan yang paling besar di Malaysia selepas Damansara.
  • Tempat parking sebanyak 1762. Wow banyak !
  • Nak tapau sila bawa TUPPAWARE sendiri, no plastik bag.
  • Untuk pertama kali masuk, jangan jakun atau nebes sebab senang je nak pilih menu makanan just follow orang depan. 



Bajet Makan Berdua :



15 Meatball - RM 15.00
5 Chicken - RM 12.00
Mushroom Soup - RM 4.20
IKEA Drinking Water 2 botol - RM 2.00



TOTAL (GST 6%) : RM 33.20




IKEA CHERAS

Address : No. 2A, Jalan Cochrane, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur. 


9 Jan 2016

Makan Di Habanero Mexican Dining Di Queensbay Mall, Penang

Salam Readers..


Makan di Habanero Mexican Dining, Queensbay Mall | Makan ala Mexico buat pertama kali bersama junior kolej, thanks sebab sudi join. Gigih cari restoran dari selatan hingga ke utara shopping mall, nampak tak mall tu sebenarnya besaq dan panjang. Lepas siap pasport terus perut terasa lapaq jadi singgah sini dulu. 


Habanero, sejenis Chili Pepper yang senang dijumpai di Mexico. Nama diberi menunjukkan bahawa makanan Mexico kesemuanya pedas belaka. Sebab tu orang Mexican tak ada kencing manis. Haha memandai ! 



Habanero Mexican Dining Entrance

Welcome to Mexico City ! Really?


Teringat zaman sekolah rendah balik mengaji mesti layan telenovela start La Usupadora, Maria Mercedes etc sebab dah lupa tajuk. Berminat juga nak belajar bahasa Spanish. Oke, situasi sama macam "Pasta Zanmai" sebab nampak muka Chinese dan restonya agak sempit tapi kami masuk juga.



Kami memilih Burrito, makanan popular masyarakat Mexico yang dibalut bersama kepingan Tortilla. Menikmati Burrito Chorizo Beef yang dibalut dengan sedikit Tomato Chili Mexican Rice. Tortilla dibakar sebelum dibalut dengan nasi. Menggunakan beras Basmathi. Rasanya cukup lembut dan tak berminyak. Sebenarnya makanan Mexico kebanyakan berkhasiat, banyak guna sayur sebagai medium makanan di negara itu. 



Burrito Menu

Taco Menu

Ensalada Menu (Mexican Salad)

Quesadilla Menu


Sebelum masuk boleh tengok papan menu yang ada di depan pintu masuk resto dan boleh pilih bermacam jenis makanan Mexico. Jangan risau tukang buat akan guide korang, cuma FAIL bab sos yelah baru pertama kali sebab makanan akan rasa pelik sikit macam tak kena dengan tekak melayu. Herher hancus.. Akhirnya nacho bersama sos keju tu kena dengan tekak. Yeahh


Acece tahan lapaq

Burrito dan Nacho

Nacho sedap dimakan dengan sos keju dari sos salsa

My Burrito beef ! Ada karot, bawang, nasi, daging


Harga makan seorang di Mexico dan totalnya :

1 Burrito Chorizobeef - RM 14.90

1 Set Nacho - RM 4.90

TOTAL (Incl GST 6%) = RM 19.80



HABANERO MEXICAN DINING
(Tingkat 3 sayap utara mall)


3F-22D, Queensbay Mall,
100 Persiaran Bayan Indah,
11900 Bayan Lepas, Penang

Business Hours : 10.00 am - 10.00 pm (Monday - Sunday)



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com