6 Jul 2018

Himalaya Herbals Moisturizing Cream

Assalamualaikum Readers
 
 
Himalaya Herbals Moisturizing Cream | Main tangkap muat je masuk Watsons aritu, janji ada pelembap muka sebelum sapu pondation. Disebabkan itu juga, Nina tak sempat nak tengok bahan-bahannya. Huwaaaa ada PARABEN ! Dah beli takkan nak buang pulak. Sayang duit tau. Decided nak pakai ke kerja saja sementara beli pelembap dari Kiehl's. Sob.. sob. Nasib baik produk ni tak buat kulit muka gatal-gatal ke tapi paraben memang akan menghakis kulit muka kita.



Himalaya Herbals Moisturizing Cream



Apa yang best produk ni? Wangi ! dan tak sesuai untuk kulit berminyak sebab akan buat kulit muka akan lebih berminyak. Nina pakai nipis-nipis dan apply pondation, blend dengan elok dan muka tak bercapuk. Harga dalam RM 15.63 (50 ML) sahaja. Mudah dibawa ke mana saja dan saiz yang kecil, cuma apabila buka akan menyebabkan krim penuh di penutupnya. Leceh jugakkan.



Wangi dan ada Vit E


Putih bersih suci murni



Inilah review jujur Nina, guna sikit saja sudah memadai. Krim ni lambat menyerap di kulit. Dengan ini, mengesahkan produk dari brand Himalaya, tak semua 100% bebas dari paraben, hanya facial wash tak ada paraben.


3 Jul 2018

Sambut Hari Lahir Di Resto Pagar Buluh, Bayan Lepas

Assalamualaikum Readers 😘

 
Resto Pagar Buluh, Penang | Makanan Sedap Di Bayan Lepas | Tempat Makan Best Di Penang | Alhamdulillah, bakal genap umur 28 tahun. Terima kasih buat semua kawan-kawan masuk air termasuk blogger Miamor Zafirah 😚 Maceh dear, you surprise me. Sebelum masuk abad ke 30, birthday kali ni ada temanya. Birthday gegirl jadi unicorn. Bukan celebrate birthday nina saja tapi birthday junior kolej.


Resto Pagar Buluh, Bayan Lepas

Hairband unicorn

Surprise belon unicorn. Pun dah happy


Plan asal nak makan di resto seafood tapi tokey kedai tak habis raya lagi, terpaksa cari kedai lain. Pilih punya pilih siap baling dadu *tipu ja. Kami pilih resto milik lecturer USM. Apa yang best resto ni, boleh makan sambil tengok ikan berenang. Jawabnya memang Nina makan lambat lah sebab tengok ikan dan malu jadi unicorn. Serba tak kena malam kejadian tu. Boleh angau kuasa kuda. Hahaha


Menu mee udang harimau paling win. Nampak ikan kat bawah meja tu?


Harga makan 6 orang :


Sizzling Lamb Chop - RM 19.90
Cheesy Meatball - RM 10.90
Grill Chicken with Cheese - RM 19.90
Chicken Parmigiana - RM 19.90
Mee Udang Harimau - RM 12.90 (sedap)
Mee Goreng Udang Harimau - RM 12.90
2 Orange Juice - RM 11.80
3 Honey Lemon @4.50 - RM 13.50 (sedap)
1 Ais Kosong - RM 0.30
1 Apple Juice - RM 5.90
1 Air Suam - RM 0.30



TOTAL = RM 128.20
*boleh buat reference


Semoga murah rezeki Nina belanja orang makan. Janji semua anak-anak ikan mak makan sampai licin. Kalau mai Penang, jangan lupa masukkan list resto ni. Baru first time ternak lemak kat sini. Lepas ni boleh la makan sini lagi. Hehe.. 


RESTO PAGAR BULUH

Alamat : 240, Jalan Dato Ismail Hashim, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Tel : 016-296 2276

(boleh booking meja dengan bayaran RM 50)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com