Assalamualaikum Readers
Rezeki Itu Dari Allah | Istilah rezeki perlu kita fahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya wang ringgit sebaliknya rezeki dari pelbagai aspek seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan. Semua datangnya dari Allah. Sesungguhnya dalam doa Nina tidak pernah sekali pun tertinggal mendoakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat diri dan kedua ibubapa. Entri ini untuk peringatan buat diri supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tak meminta.
![]() |
| Shopping di Skechers 3 pasang kasut dapat 20% |
![]() |
| After less RM 199.20 tetap rasa mahal sebab tak tau nak buat apa kasut ni |
Semenjak dari hari bertunang, Allah berikan rezeki pada mereka yang Nina upah untuk menjayakan majlis disamping niat bersedekah bagi orang makan. Dari baju, hand bouquet, make up, catering makanan sehinggalah ke hantaran dalam masa yang sama saudara-mara juga sponsor makanan dan hantaran untuk Nina. Alhamdulillah, semoga murah rezeki mereka semua. Walaupun tak meminta tapi ada juga nak bagi itu, bagi ini sehingga timbul perasaan segan. (seorang yang pelik, tak suka orang belanja keterlaluan, takut tak terbalas budi dan termakan budi, Nina takut sangat kelak timbul isu mengungkit-ungkit pemberian).
Contohnya : di tangan kita ada nasi namun atas sebab tertentu nasi itu tak dapat dimasukkan ke dalam mulut akibat terjatuh ke tanah. Rezeki itu sudah berada dalam tangan, namun manusia tak mempunyai kuasa mengatakan nasi itu sememangnya rezeki miliknya.
Sama juga rezeki bila menjadi blogger, bukan semua dapat rezeki untuk dapat hasil dari blognya tapi ada rezeki untuknya dalam bentuk lain ❤❤
![]() |
| Balik dari Design Village diberikan sorang satu duit dan makanan untuk mak dan bapa |
![]() |
| Rezeki orang tuaku. Ambil saja untuk menjaga hati orang lain |
Dari kecil dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, apa yang diinginkan masih mampu disediakan mak dan bapa, diajar supaya jangan meminta-minta apa sekali pun pada orang kecuali usaha. Diajar supaya tidak hidup bermewah dan bermegah dengan harta benda dunia. 29 tahun hidup, tak pernah ada koleksi handbag atau jam berjenama seperti GUESS, TORY BURCH, KATE SPADE, COACH dan lain-lain. Mungkin sebab bukan sejenis perempuan yang suka pakai handbag. Not typical Malay girl. Masih mampu bekerja dan membeli apa yang Nina nak hasil titik peluh sendiri, dan still akan buat benda sama jika ada rezeki berkahwin. Semua di tangan Allah.












