29 Oct 2021

Resepi Daging Dendeng

Assalamualaikum Readers


Resepi Daging Dendeng | Mungkin ini masakan last yang Nina masak sebab isnin ini start kerja, anak cirit birit tak baik lagi, blog mungkin weekends baru dapat tengok. Bertabah lah. 1st time masak dari resepi mak. Laku keras tak sampai malam dah habis lauk 😅


Daging Dendeng


Bab masak daging ni agak malas sikit sebab nak masak daging hingga empuk dulu. Sejenis tak suka makan daging liat. Daging dendeng berasal dari Indonesia. Kalau tak ada idea nak masak boleh try. 


Cili kering boleh tambah kalau makan pedas

Air rebusan daging boleh simpan buat stok untuk goreng nasi, mee, bihun


Bahan-bahan :


1 kilo daging

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

4 tangkai cili kering

*bawang dan cili kering diblend

1 cm halia

Garam & gula secukupnya

1 sudu besar sos tomato

2 sudu besar kicap manis

2 biji buah keras - ditumbuk halus




Cara Memasak :


1. Rebus daging sehingga empuk dan toskan.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend.


3. Masukkan daging, sos dan kicap masak sehingga pekat. Siap untuk dihidang.

28 Oct 2021

Selesai Vaksin Pfizer Dos Kedua Di Setia SPICE Convention Centre

Assalamualaikum Readers


Selesai Vaksin Pfizer Dos Kedua Di Setia SPICE Convention Centre | Sambungan kisah 'dos pertama' dan akhirnya rasa legaaa sebab Nina dan hubby akhirnya berjaya fully vaccinated! Alhamdulillah. Terima kasih staf KKM Komtar tolong selesaikan masalah. Nina antara batch dos kedua terakhir sebab bulan ni banyak PPV Penang akan ditutup.



Ada orang cakap lepas inject vaksin anaknya dah tak nak menyusu. Alhamdulillah, Harraz menyusu macam biasa



Untuk appointment kedua ni, bangunan lain dan terbahagi kepada 2 gate untuk Pfizer dan AZ. Smooth sahaja dalam masa 30 minit dah selesai. Tak perlu SIL bongsu tunggu Nina lama. Parents budak sekolah pun tak bawa 1 kampung dah. Tak sesak sangat. 





Dos kedua ni agak kuat sikit, tak ada simptom demam macam 1st dose tapi yang kekal pening kepala, lengan bengkak 2 hari dan naik bintik-bintik merah di kedua belah kaki, gatal. Harap minggu depan hilang lah. Walaupun dah cukup 2 dos tapi masih takut nak keluar ke tempat sesak apatah lagi bawa Harraz jalan-jalan masuk Mall. 



Bagi Nina masuk ke mall dan kawasan tertutup amatlah bahaya sebab virus mudah tersebar, kalau open air boleh berjaga-jaga etc ke pantai, taman. Password MySejahtera sila tukar dan kalau terima apa-apa link jangan tekan sebab account kawan ada scammer cuba 'ambil' acc dan ia dari golongan anti vaksin. Sila take noted.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com