10 Nov 2021

Kinder Bueno Coconut

Assalamualaikum Readers


Kinder Bueno Coconut | Rasa lama tak taip blog. Tak sempat nak buat autopublish. Merata Nina cari coklat KB limited edition ni. Akhirnya jumpa di mynews. Harga RM 4.90. Nak merasa punya pasal pejam mata terus bayar. Memang sekarang ni trend semua makanan nak buat versi ada kelapa eh.





Rasanya manis betul, mungkin sebab guna coklat putih. Yang bestnya tak sabar nak makan sebab topping kelapa, bau wangi 😁 Sekali saja makan, rosak diet Nina macam ni.


5 Nov 2021

Nasi Lemak McDonalds SCM Cutlet Sedap

Assalamualaikum Readers


Salam jumaat dan selamat bekerja buat semua. 1st day kerja harap dipermudahkan Allah. Terima kasih yang sudi drop komen, ada masa Nina bw 😘 Siapa peminat nasi lemak mcd? Sedap ke tidak. McDonald's mengeluarkan set ayam baru untuk nasi lemaknya. Boleh pilih nak SCM atau GCB seketol atau berketol-ketol.





So far memang suka lah ayam nasi lemak ni sebab dah di potong siap. Sebelum ni susah sikit nak makan sebab ayam seketul. Rasa sambal tetap tip top. Pedas. Alang-alang borong nasi lemak, nampak aiskrim durian comeback terus order. Fav aiskrim sebab isi durian padu. Bosan makan nasi berlauk boleh cuba nasi lemak McD ni.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com