23 Feb 2022

McDonalds Spicy Sesame McChicken With Egg

Assalamualaikum Readers


McDonalds Spicy Sesame McChicken With Egg | Musim covid mengganas ni, nak keluar beli makan untuk lunch pun takut sebab kedai makan yang selalu pi tu crowded dan tutup (syak kena covid). Pilihan yang ada nak tak nak bawa bekal, order FP atau puasa 😌


McDonald's Spicy Sesame McChicken With Egg - RM 15.85


Makan panas-panas sedap!



Pejam mata order McD jelah. Ada hari Harraz ok ada hari mood dia nak jadi koala tak dapek mak nak masak 😂 Menu terbaru dari McD. Ada pilihan nak telur atau tak. Boleh tahan pedas sos burger. Telur dan patty pun besar. 


Overall puas hati dengan rasa gabungan McChicken dengan telur. Tak rasa pelik. Kalau ada orang nak belanja pasti nak lagi 😅

19 Feb 2022

Kellogg's Mueslix Harvest Fruit

Assalamualaikum Readers


Kellogg's Mueslix Harvest Fruit | Cereal Untuk Diet | Brand Kellogg's ada keluarkan bermacam jenis cereal untuk kanak-kanak hingga orang dewasa. Bukan sahaja sesuai untuk kaki 'diet' tapi ibu mengandung pun boleh sebab ada bijirin yang bagus untuk badan.


Kellogg's Mueslix Harvest Fruit - RM 15.50
 



Selalunya akan makan untuk breakfast. Letak sedikit susu atau milo dan bila kunyah terasa kesedapan campuran bijirin. Mengenyangkan perut. Betul-betul buat orang sihat dari ambil makanan berminyak, berlemak setiap pagi.




Bila kawan sekerja terjebak nak makan jugak, minta tolong belikan sebab tak semua store ada jual dengan tumbler



Sesuai untuk semua, nak sihat boleh cuba ya. Harga agak pricey tapi sekali sekala apa salahnya. Harga di setiap store tak sama ya. Nak beli borong boleh beli di Shopee.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com