23 Nov 2022

Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)

 Assalamualaikum readers


Apa itu Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)? Rezeki, ajal maut di tangan Allah. Sedih juga bila baca kisah-kisah parents yang anaknya mengalami SIDS ni. Nina tak pernah tahu hal ni tapi yang pasti naluri tu sentiasa tak suka biarkan anak tidur meniarap. Takut jadi apa-apa, menyesal tak sudah.


Harraz 6 bulan


Serba sedikit kena tahu cara hindarkan SIDS bila ada anak baru lahir. Ada juga mengatakan kebanyakan bayi SIDS ni terjadi pada parents yang sukar nak dapat anak. Apa punca SIDS atau Sudden Infant Death Syndrome tu?


Biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun. Pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.



Ada di antara bayi mengalami kerosakan pada bahagian otak kerana kekurangan oksigen, ada juga masalah sistem imunisasi dan gangguan metabolisme. Bayi akan kekurangan oksigen semasa tidur akan terjaga dan menangis. Tetapi, perkara ini tidak berlaku kepada bayi SIDS dan tiada tindakbalas sekiranya lemas. Jadi berhati-hatilah menjaga bayi.


1.  Bayi tidur meniarap


Bayi yang sedang tidur akan tertutup ulut dan hidungnya sehingga lemas.


2. Tilam atau selimut bayi yang terlalu lembut dan berlapis


Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan akan terbenam mukanya. Menggunakan selimut yang berlapis-lapis adalah tidak digalakkan termasuk cadar, bantal berbulu, tilam air atau udara. 


Harraz 5 bulan. Dari baby sampai ke besar, tak suka tidur dalam selimut. Nina dapat percuma katil baby ni untuk review PG Mall


3. Elakkan pelapik tilam beralaskan plastik.


4. Jauhkan bayi dari asap rokok. 


5. Elakkan pakaian yang terlalu tebal 


Boleh naikkan suhu badan bayi termasuklah berpeluh, rambut basah, ruam lampin, pernafasan yang cepat, resah gelisah dan demam. Rasa di perut atau leher bayi untuk check suhu badannya.



Dapatkan nasihat dari pakar atau doktor berkenaan penjagaan anak. Malu bertanya sesat jalan. Stay safe mommies!

Review Filem Slumberland (2022)

Assalamualaikum readers


Ini bukan review tilam Slumberland 😂😂 Mana tahu mampu beli tilam empuk Slumberland, nanti Nina review. Haha.. Ini filem terbaru di Netflix. Nampak Aquaman terus tengok. Cuma watak Jason, dia ada tanduk ala kambing gurun. CGI movie ni agak menarik juga. Fantasi dan pengembaraan dalam mimpi.



Sinopsis :


Mengisahkan Nemo, seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang tinggal bersama bapanya di rumah api. Setiap malam, ada 'bedtime stories' tentang khazanah di dasar laut, makhluk berbahaya dan teman setianya, Flip. 



Apabila bapanya meninggal dunia di laut, Nemo dihantar untuk tinggal bersama pakciknya, Philip. Lelaki bujang yang tinggal di bandar besar dan menjual tombol pintu untuk hidup dan tidak tahu berkomunikasi dengan kanak-kanak yang tengah bersedih.


Di tangkap sebab tidur


Ini menyebabkan Nemo beralih ke dunia impiannya sebagai cara untuk mengatasi kehilangan dan peluang untuk berjumpa dengan bapanya. Dalam mimpinya, Nemo bertemu dengan Flip. Seorang pencuri yang mencari peta kepunyaan bapanya. Dengan peta itu, boleh melintasi seluruh Slumberland, melompat dari mimpi seseorang ke mimpi seterusnya. 


Ejen Green


Nemo mencari peta bapanya dan memaksa Flip membantu menjejaki bapanya. Kedua-duanya terikat dari satu mimpi ke mimpi berikutnya. Dalam masa yang sama dikejar Ejen Green (wakil birokrasi mimpi) dan 'Shadow Nightmare' yang mahu menelan Nemo.


Angsa boleh terbang? Haha


Jika sukakan filem genre fantasi dan adventure, boleh tengok. Dalam movie ni, Nemo berusaha ponteng sekolah sebab nak tidur dan boleh jejak bapanya yang lemas di laut. At least dia jumpa bot bapanya di dasar laut dan dekat dengan rumah api.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com