30 Apr 2024

Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum

Assalamualaikum readers


Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum | Nak jimat duit dari beli makeup, laburkan duit beli serum. Kenapa? Sebab bila dah makin berumur ni nak makeup keluar rumah pun jadi malas. Last-last pakai serum, moisture dan sunscreen terus settle!


RM 41.40 untuk 20ml


Sebelum ni ada share beli moisture Skintific kat sini. Pakai sebelum tidoq, esok pagi bangun pi kerja muka lembab nak. Setakat ni dah consume pakai produk ni selama sebulan lebih. Ingat senang nak repair muka hang Nina oii kalau tak rajin ke laut lah misi flawless tu.



2 pam untuk seluruh muka (pagi dan malam)


Apa yang best serum ni? Botol boleh dibawa ke mana saja, 1 pam dah cukup untuk cover separuh pipi dan cepat meresap. Kelebihan serum ini adalah :


  • Memperbaiki skin barrier yang rosak. Berfungsi mengembalikan kulit yang sihat dan melindunginya.
  • Mencegah jerawat dari naik di muka dan mengatasi masalah kulit kemerahan.
  • Menjadikan tekstur kulit lebih halus.
  • Tiada bahan alkohon, paraben, pewarna dan mineral oil.
  • Tiada bau yang tidak menyenangkan.
  • BFL Probiotic membantu menhalang pembentukan jerawat dari naik. 

Beli di TikTok, kena rajinkan diri join live untuk dapat harga murah. Kalau di drug store, harga lebih mahal. Alhamdulillah serasi dengan muka, jarang naik jerawat bila datang period.

29 Apr 2024

Makan Di Salam Noodles, Shah Alam

Assalamualaikum readers


Makan Di Salam Noodles, Shah Alam | Chinese Muslim Restoran Shah Alam | Sambungan dari 'sini' . Hari ke 5 di KL, pagi tu siap-siap packing baju sebab nak balik Penang dah. Yeayy! Bila tanya nak singgah makan kat mana hubby tak jawab, dia kata surprise 😮 Atas highway baru cakap nak singgah Shah Alam makan Itik Salai Masthar.



Bila sampai lokasi tengok tak ada pun restoran tu, bila tanya guard rupanya dah lama tutup sejak PKP. Ada banyak restoran lain, tapi yang jadi pilihan restoran ni sebab kami berdua suka chinese food. Alang-alang tu nak bagi kawan hubby merasa makan makanan lain selain makanan mamak, asyik-asyik nasi kandar. Kita ubah selera dia. Kat sini boleh pilih nak makan outdoor atau indoor.


Mutton Soup Noodles - RM 9.50


Chicken Dumplings - RM 9.90


Mutton Curry Rice - RM 9.50

Secret Recipe (Half) - RM 15

Braised Beef Potato Rice - RM 8.90


Balik ingat nak singgah IPC tak sempat


Kaki melangkah masuk tengok menu terus terliur, tengok dumpling atas meja customer lain. Temptingnya! Percuma air minuman dengan pembelian makanan RM 7.90 ke atas. Untuk air, self service ya, boleh ambil air sendiri, ikut suka berapa kali nak tambah. Ruang makan yang selesa, aircond pun betul-betul sejuk dan paling penting tandas bersih.


Salam Noodles


Alamat : 87 & 87A, Jalan Snuker,

13/28, Seksyen 13,

40100 Shah Alam, Selangor.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com