14 Jul 2025

Mainan Anak Lelaki Umur 4 Tahun

Assalammualaikum readers


Mainan Anak Lelaki Umur 4 Tahun | Setiap kali laburkan duit beli mainan anak sekali pun tak menyesal kecuali beli mainan di Mr. DIY, sebab untuk educational punya terhad. Nina banyak beli di Tiktok atau Shopee.


Last hadiah birthday yang ke 3 dari arwah mak. Beli di Mr. DIY


Paling murah di Mr. DIY


Shopee 


Dalam entri lepas dan trending, Nina ada share hadiah untuk anak, boleh baca di sini. Setakat ini, mainan masih tahan lama dan main pun berulang kali, haaa itu yang kita nak, parents buat lah pelaburan yang bijak. Semoga ada rezeki deco bilik untuk anak, masih kumpul modal, design bilik sudah ada.


Tiktok. Mudah bawa travel

Tiktok

Mr. Toy . Garu kepala tak tau nak pilih yang mana


Anak akan cepat ingat kalau repeat main puzzle

Tiktok



Ini antara gambar-gambar mainan yang Nina beli dari umur 3 tahun hingga 4 tahun. Harap bertahan hingga sekolah 😂 Paling buat Harraz suka ialah playground dan pantai. 2 tempat ni dia boleh lari, berpeluh dan sihat. Kalau jumpa layang-layang belikan dan simpan, anytime boleh bagi anak main.


Shopee. Main di bilik air. Ini Nina beli dari umur 2 tahun, kena pengawasan parents.

Mr. DIY . Ada skru, boleh latih tangan


Shopee. Puas dapat beli trak size medium ni. Siap request order pasir dalam Shopee nak korek pasir 😂


Nak murah dan boleh nego, direct beli di kedai basikal bukan dalam mall atau pasaraya




Ada masa bawa anak-anak ke pantai, boleh buat macam-macam aktiviti contohnya korek pasir buat iistana. Setakat ini jelah mainan yang Nina beli, bukan tiap-tiap bulan tapi reward untuk akhlak dan perangai yang baik. Boleh dijadikan idea kalau nak belikan sebagai hadiah. Bukan entri riak, selamat membantu.


11 Jul 2025

Kek Sedap Di Gula Cakery, Setia Alam

Assalammualaikum readers


Kek Sedap Di Gula Cakery, Setia Alam | Bersambung kisah Aquaria, lepas solat Jamak Taqdim terus ke rumah sepupu hubby di Setia Alam, saja lepak-lepak di Eco Ardence. Banyak bangunan dan rumah-rumah dah siap dibina tak macam 2 tahun lepas masa kami mula-mula mai rumah dorang selepas nikah.


Andra by Gula Cakery


Tak banyak kedai-kedai makanan yang buka, mungkin dah tutup awal. Nasib gula cakery masih buka, dah lama teringin nak cuba kek dan dessert. Alhamdulillah sedap! Banyak cawangan sekitar Selangor dan KL. Next time nak try western pulak. Suka concept deco setiap cafe. Semuanya lain tau. Nama pun lain.


Keylime Tart

Sedap!


Beroperasi dalam kontena

Pekat, nasib baik balik hotel boleh tidur




Dah siap beli kek, singgah minum di area situ jugak, sedap kopinya, lupa perisa kopi yang Nina pilih sambil-sambil tu Harraz main playground dengan kanak-kanak lain. Sangat friendly. Boleh tengok senarai cafe berserta menu-menu tersendiri di SINI

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com