7 Apr 2022

Farm Fresh Fruit Punch Sedap!

Assalamualaikum Readers


Farm Fresh Fruit Punch Sedap! | Akhirnya jumpa juga FF fruit punch ni, senyum sampai ke cashier. Di Mydin saja ada jual air bermacam jenis ni. Terus jatuh cinta pandang pertama dan tegukan pertama. Alhamdulillah, husband tak berebut dengan Nina (dia ingat air adik kot) 😂🤣 




Dalam entri FF Lychee, air fruit punch tak jumpa lagi. Haa patut cuba kedua-dua minuman ni sempena ramadhan. Rasa fresh lepas berbuka. Rasa fruit punch ni sedap dan ada rasa campuran buah-buahan, masam manis yogurt gitu. Jangan lupa cuba Lactel Bliss Kurma Gula Melaka. Tambahan limited edition, terlepas beli kena tunggu tahun depan 😂

6 Apr 2022

Menu Sedap Auntie Anne's

 Assalamualaikum Readers


Menu Sedap Auntie Anne's | Caramel Almond Pretzel & Cheese Nuggets | Siapa tak kenal mak cik Anne, tapi in real life Nina memang ada aunty Anne 😂 (makcik hubby). Kami laki bini, kalau lalu depan Auntie Anne's mesti singgah. Aroma cheese dan roti tu ya Allah sedap.


Auntie Anne's Cheese Nuggets


Caramel Almond Pretzel


Maaf bukan nak buat terliur, tapi bulan puasa ni semua makanan nampak sedap walalupun kita tak pasti kesedapan tu (kalau pi bazar). Roti Auntie Anne's ni makan panas-panas memang laju sekelip mata tinggal kertas kosong. Makan pretzel pun sama, tup tup habis sos caramel 😅 Korang suka makan tak?? Apa pun selamat berpuasa buat hari yang ke 3.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com