12 Apr 2022

Three Tea Rose Milk

Assalamualaikum Readers


 Three Tea Rose Milk | Nina dan 7E dan seangkatan takkan dapat dipisahkan. Sampai hubby dah masak dengan perangai. Dia takkan percaya kalau masuk 7E beli 1 air sahaja. Mesti akan tanya 'u beli apa lagi?' 😂😂 1st time try air brand  ni sebab nampak bersinar-sinar cute dalam fridge tu. Packaging menarik, orang pun tertarik nak cuba. 




Rasanya? Jangan la expect macam air bandung di bazar ramadhan ataupun air bandung buatan sendiri. Rasa tak sama. Rasa air sirap tapi kurang rasa susu cair. Not bad, habis 1 tin dalam 1 tegukan. Cewah! Harga dalam RM 4.20


11 Apr 2022

Misi Bawa Harraz Jalan Ke Kuala Lumpur Berjaya!

Assalamualaikum Readers


Misi Bawa Anak Kecil Jalan Jauh | Tips Bawa Anak Bercuti | Roti Canai Sedap Di KL | Sambungan cuti-cuti CNY. Selain datang KL ziarah keluarga Ibu (ibu angkat hubby). Nina dan hubby memang plan nak ajar anak travel sebelum masuk usia setahun. Alhamdulillah Harraz kategori 'suka travel' . Ikut perangai maknya 😝 Kami gerak lewat petang, sampai Taman Melati lepas Isyak.


Yaris pemberian Arel untuk ibu. Arel classmate Nina masa study dan bff hubby. 3 orang study tempat sama tapi kelas lain-lain. Masih lagi ada di Melbourne, ibu mana yang tak rindukan anaknya.





Pagi besoknya (day 2), ibu bawa kami sarapan di Restoran Bahtera Damai, Batu Caves. Makan roti canai sarang burung. Sampai sekarang terliur bila teringat kelembutan roti canai tu. Orang perempuan yang buat roti canai. Jangan main-main. Lepas sarapan terus ke Pavilion Bukit Jalil (baru buka). Seronok shopping sebab tak crowded. 


Roti canai sarang burung di restoran bahtera damai, Kg Melayu Wira Damai, Batu Caves . Nanti try pi makan. Tuan kedai memang tak kedekut bahan-bahan



Geram betul tengok pampas grass tu. Lawaaa

End up dari stroller, mama jugak kena dukung

Ibu belikan baju untuk Harraz. Murah rezeki anak. Kami laki bini borong baju, seluar kerja


Dari Pavilion terus ke rumah Epy (anak ibu no.3) ajak kami tidur rumah dia di Sepang. Dah lama kawen tapi tak ada rezeki lagi, nak main dengan Harraz. Dari Tmn Melawati - Tmn Saujana KLIA. Jauhkan? Haha.. Sampai terus Harraz mandi pool. Nina tak snap gambar dia sebab busy makan 😅 Seronok la hubby, karok sampai pagi buta. Lepas ni turun KL, memang kami terlepas ke Sepang la jawabnya.


Lamanya tak berkumpul macam ni. Nasib baik rumah sebelah tak ada orang, rata-rata jiran kerja bawa kapal terbang

Hari ke 3 - sarapan di Nasi Lemak Tangling Kota Warisan - service slow, makanan 50/50

Seronok tengok anak happy, 1st time keluar dari kepompong

Si gendut yang suka main langsir


Ada sesetengah baby tak suka duduk dalam kereta lama-lama tapi budak gendut ni sukakan aircond jadi mudah. Asal masuk kereta mesti tidoq. Ada beberapa tips yang Nina buat sepanjang perjalanan jadi smooth.


  • Gerak waktu malam, kalau siang kemungkinan nak berhenti di R&R tu lebih banyak. Nina hanya berhenti makan di Gunung Semanggol dan tukar pampers di Tapah & Sungai Buloh. 

  • Jangan lupa bawa toys - Harraz jenis tak suka duduk dalam carseat (rimas bagi dia). Suka duduk atas riba sambil main.

  • Lekatkan penghadang matahari di cermin pintu supaya anak tak sakit mata dengan terik matahari. Bila kurang bahang, anak pun selesa.

  • Nak bawa jalan, Nina sediakan stroller bersama beg (pampers, susu, makanan, air). Anak meragam ni hanya 3 benda (pampers penuh, lapar atau mengantuk). Masuk mall untuk shopping, terus suap makanan.

Ada rezeki nak bawa jalan-jalan lagi. Semoga ada rezeki lebih untuk anak-anak 💕

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com