22 Sept 2019

Review Filem : Johnny English Strikes Again

 Assalamualaikum Readers


Selamat hari ahad buat semuaaa! Baru balik dari tengok wayang cerita lakonan Mr. Bean. Tak sia-sia Nina dan tunang layan. Memang tak kering gusi dengan lakonan Mr. Bean. Kalini turn tengok movie di Queensbay Mall sebab waktu tayangan banyak dan dapat seat yang ngam. Hehe. Jangan lupa tengok kerana movie ni box office di seluruh dunia dengan kutipan $159 million. 

Sinopsis :


Agen rahsia Johhny English kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah berasrama penuh di England. Tidak mengejutkan beliau juga mengajar anak muridnya teknik-teknik pengintip yang berjaya, di samping mata pelajaran sain. Kira cikgu 2 in 1. 



PM dan rakan karibnya


Sementara itu di office MI7, seorang penggodam handalan telah berjaya menggodam komputer MI7 dan mendedahkan identiti kesemua agen rahsia MI7. Oleh itu, kerana tiada lagi agen rahsia yang boleh bertugas, Johhny English diambil bertugas semula untuk menyiasat dan menangkap dalang di sebalik penggodam tersebut. Nasib baik data Johhny sudah dipadam kerana berpencen. 


Menyamar jadi chef. Babak kelakar

Tersalah makan ubat

Ophelia - perisik Rusia


Memandangkan Johnny seorang perisik yang ketinggalan zaman dari segi kecanggihan teknologi jadi Johhny terpaksa melaksanakan misinya menggunakan barang-barang lama yang terdiri dari jenis analog. Bolehkah Johnny menyelesaikan tugasnya? Saksikan di pawagam berhampiran.  


🌟🌟🌟🌟


20 Sept 2019

The Alley : Brown Sugar Creme Brulee Sedap Tapi Halal Ke?

Assalamualaikum Readers..
 
 
The Alley Brown Sugar Crème Brulee Sedap | The Alley | Pertama kali mencuba bubble drink atau boba dari The Alley. Nina bukan sejenis 'ikut trend' semua benda nak cuba bila viral. Belum tentu benda tu sedap. Cakap dari pengalaman sendiri. Bukan juga peminat boba. Haha.. Tak gemar benda manis. Kalau tak kerana Aqilah (adik tunang) belanja minum, sampai ke sudah tak teringin.


Boba The Alley sangat manis, setiap bubble tu rasa macam caramel ball.
Comes with tapioca pearls in brown sugar syrup & pieces of crème brulee. 
 
Nampak tak Crème Brulee warna kekuningan kat bawah tu? Packaging The Alley comel

 
Bila ada orang sudi belanja barulah tahu kenapa flavour famous Crème Brulee dari The Alley ni sedap dan berlemak, kalau nak minum susu kosong macam tu, haha rasa nak muntah. Setakat ni packaging The Alley dan Daboba yang nampak cantik dan comel. Harga berpatutan dan mampu beli untuk minum minuman manis sekali sekala. Air boba ni merata-rata ada, tumbuh bagaikan cendawan dan bermacam-macam nama.
 
 
 
Harga The Alley Brown Sugar Crème Brulee RM 14.90 . Minum kali kedua pada 10 Sept lepas. Benda ni macam buat kita ketagih nak minum
 
 
 
Kali kedua minum, tergerak hati tak nak minum bila tunang sound, minum air tak halal tu. Air rusa la, beruang la semua dapat sijil halal ke? Tersentap jugak, bila hati dah was-was ni kena beware dengan benda tak halal yang akan jadi darah daging kita. Nanti buat entri lain. Terpulang nak percaya atau tak. Bukan nak menghalang dari berhenti minum. Selagi jakim tak keluarkan sijil HALAL, tak boleh nak say benda ni halal even baca pertanyaan orang pada pihak The Alley yang dorang tengah dapatkan sijil.

 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com