30 May 2014

Film Review : Maleficent


Salam Readers..


Masih ingat lagi kisah dongeng Sleeping Beauty? Finally dapat tengok filem ni, aku excited nak tengok sebab ada pelakon comel2 termasuk Angelina Jolie and she is EXTREMELY BEAUTIFUL in this film! Filem Disney konfem tonton bersama kanak2. Visual effects dalam movie ni sangat cantik especially di tanah lapang tempat tinggal pari2 tu. Jalan cerita movie ni memang unexpected. Maleficent tak sejahat mana pun.


Maleficent Poster



Sinopsis Maleficent :



Mengisahkan Maleficent seorang pari2 penjaga Tanah Lapang yang bebas dari kerakusan manusia dan kehilangan ibu bapanya sejak kecil. Suatu hari, sorang kanak lelaki, Stefan telah sesat dan masuk ke dalam kawasan ajaib itu dan mereka berdua menjadi kawan sehingga 16 tahun dan jatuh cinta. Hubungan Stefan dan Maleficent renggang kerana Stefan mengejar pangkat dan kemewahan. Pada suatu hari, seorang raja bertindak menyerang Tanah Lapang untuk menakluk dan mengambil harta di situ telah menimbulkan kemarahan makhluk di Tanah Lapang dan mereka berperang. 



 Young Maleficent and Stefan

Kan bagus kalau takda tanduk.. Curi tanduk Hellboy ye



Selepas Raja perang dengan tentera Tanah Lapang dan kena penyepak dengan Maleficent, raja tersangat marah, cedera dan sebelum mati, dia meeting dengan semua pegawai termasuk Stefan. Jika sesiapa dapat bunuh Maleficent, orang itu dapat jadi raja dan kahwin dengan anak perempuannya. Stefan buat keputusan nak tipu Maleficent, dia pegi jumpa awek lama, pujuk2 sampai Maleficent cair pastu bagi minum ubat tidur. Stefan nak bunuh tapi tak sampai hati jadi dia potong sayap Maleficent bagi kat raja. (Stefan dah tak hensem, dapat awek lawa tak hargai pulak.. bodoshh).



Sedihnya Maleficent bila tengok sayap dah takda

King Stefan and his wife

Maleficent bersama PA a.k.a Diawal, si gagak yang baik




Sedih bila Maleficent bangun dari tidur dan tengok sayap dah takda. Meraung terus. Semenjak hari tu dia tak percaya dengan cinta dan bertukar jadi jahat. Time tengah sedih dia terjumpa burung gagak yang kena tangkap dengan petani dan selamatkan burung tu. Sebagai balasan gagak sanggup jadi hamba Maleficent. So apa2 update mengenai Raja Stefan kat istana si gagak akan bagi tau Maleficent. Bila Princess Aurora lahir, Raja Stefan buat majlis untuk raikan kelahiran puteri dia. Ramai yang datang bagi hadiah termasuk 3 ekor pari2. Bila Maleficent dapat tau, dia jadi marah sebab Raja Stefan tak jemput. Tanpa diundang, Maleficent dengan selamba datang ke majlis tu.



Maleficent ke istana

Aurora telah disumpah



Berbekalkan dendam yang masih membara, Maleficent sumpah baby Aurora untuk tidur selama-lamanya apabila jarinya tercucuk jarum mesin jahit pada hari lahir yang ke 16. Kenapa 16? maybe sebab hubungan cinta Maleficent dengan Stefan ni terpisah bila usia mereka 16 tahun kot. Dengan gelabahnya Raja Stefan merayu untuk kurangkan curse dia, Maleficent pun letak syarat, kalau ada orang yang dapat beri ciuman cinta sejati kat Princess Aurora sumpahan tersebut serta-merta akan hilang. Nak tau dengan lebih details kena pi tengok oke =)




Yang bestnya ada banyak scene lawak dari baby tu kena sumpah sampai besar. Aurora panggil Maleficent as Fairy God Mother (Ibu Pari2) so sweet :) Baby Aurora masa kecil sangat comel.



3 pari-pari yang menjaga Aurora

3 orang pari2 yang menjaga Aurora ni lawak. Aurora lapar susu dia bagi makan carrot. Hahaa

Maleficent bawa Aurora masuk dalam Tanah Lapang

Cantikkan !


Aurora suka bermain di Tanah Lapang



Sepanjang tengok movie ni aku rasa kesian kat Maleficent. Dia sebenarnya manusia yang paling baik oke. Walaupun dah sumpah Aurora tapi Maleficent dan P.A setia mengawasi pagi petang siang malam Princess Aurora dalam hutan dari dia baby sampailah umur 16 tahun, dah dalam hutan, duduk pulak dengan 3 ekor pari2 yang super bodoh dan tak reti jaga baby. Maleficent sanggup tarik balik curse time Aurora tidur tapi tak berkesan sebab umur Aurora belum cukup 16. Dan bukti paling nyata yang Maleficent berhati mulia bila curse pada Puteri Aurora tu hilang bukan sebab ciuman putera raja (putera tu pun Maleficent yang bawa) tapi sebab ciuman kasih dan sayang Maleficent pada Aurora!


Bila tiba umur yang ke 16 tahun
Bertemu dengan putera raja yang dikenalkan Maleficent

Cantikkan Elle ni. Adik kepada pelakon Dakota Fanning !

Ini la Aurora semasa kecil . Anak Angelina rupanya




Vivienne Jolie-Pitt . Sangat comel oke




Dalam banyak2 scene, paling suka scene ni, sweet sangat bila tengok budak tu peluk Maleficent sambil suruh angkat dia sambil cakap Up.. Up, budak kecik tu sebenarnya anak Angelina Jolie, Vivienne Jolie-Pitt namanya. Comel je tengok dia pegang tanduk maknya dan berlari-lari kejar rama2. Baru 5 tahun kot. 




Baby ni lawak, sebab Maleficent takut-takutkan dia pun boleh gelak2 lagi

Baik hatinya sampai nangis lah

Bahagia tengok Maleficent dapat sayapnya



Memang best dan rasanya akan ada ulangan kali ke 2 pi tengok. Meh tengok trailer kalau tak pecaya ;)



5/5*

 

18 comments:

reenapple said...

Aku tahu citer ni best. memang best bila kau sinpsis kan dia. Tak sabr nk tgok...


p/s-- dah dapat hadiah tu. terima kasih. :)

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Teringin la nak tengok... Filem nie kos dia 200 juta USD sure best :))

RDZ Z said...

memang best..kalau tengok dua kali pun tak rugi nina..he..he

Khamsi Abdullah said...

MAcam kena g tgk je ni!

Pha Is said...

ramai yg komen kata best..

puteri kasih said...

nak juga pergi tengok...ramai yang kata best :)

Kakzakie said...

Menariklah certianya Nina. Kalau ada peluang bawa anak kakak mesti dia suka. Anak Angelina Jolie dgn Bratt Pitt mestilah comel - geram tengok pipi dia..

Liza Licha said...

memang tengah bercadang-cadang nak tengok cerita ni sebenarnya :) baguslah dah ada yg review. insyaAllah licha nk pergi tengok

Ismail N said...

Versi yang ni jelas lagi best dari versi dulu. Mmg bab Maleficent bangun dari pengsan dan lihat kepaknya dah hilang amat sedih. Tapi paling sedih bila bab dia cuba batalkan sumpahan tu pada Princess Aurora tapi tak berjaya. AJ mmg hebat berlakon. Anaknya pun nampak ada berbakat besar juga..

Kena tengok lagi nih...

Rina Zaidi said...

Awesome! :)

Nanie Dean said...

Cam best je... ada yang beli kat astro ni karang...

Hafiza AizZawa said...

Suke cite2 dongeng omputih mcm nie.. tak tgk lagi.. nice review..

Sis Vee said...

suka tgk gambar2nya yg cantik n clear ...

Nora Karim said...

Kena tunggu kat astro first la.. huhu

Azlan Strider said...

macam menarik jer cerita ini...tapi so far masih belum berkesempatan nak tengok lagi...

Regards,
-Strider-

Yun Sing said...

Teringin nak tengok pula.. :3

Khai♥Rin : anies said...

aritu dpt tiket free tp x g... sian kan...

yye ke anak angelina yg berlakon tu? mmmm nmpk nyer bakal superstar la ni

Fiza Rahman said...

Nak tgk gak nnt. Tapi tunggu DVD kluar jewr lah.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com