4 Feb 2014

Fakta Menarik Tentang Kad Pengenalan

Assalammualaikum.


Fakta tentang kad pengenalan | Pernah tak tengok IC lama2. Ramai yang membebel sebab Jabatan Pendaftaran Negara tak reti nak edit gambar. Yelah adakalanya nampak muka tak lawa. 


Kalau nak tau sejak tahun 1990, setiap warganegara Malaysia diberi 1 set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Group digit pertama (TTBBHH) ialah tarikh lahir pemilik kad pengenalan. Group kedua (NN) ialah kod negeri lahir, 01-13 untuk negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia, anggota polis, kod yang diguna ialah 88 dan anggota tentera 99.





Ciri-ciri yang ada pada kad pengenalan / IC


Tetapi bila seorang anggota tentera atau polis telah tamat berkhidmat, no KP akan ditukar kepada kod nombor asal tempat lahir. Group no terakhir (###J) ialah nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.


Perbezaan pemegang MyKad lelaki dan perempuan pula, no terakhir dalam siri KP tetah ditetapkan jika siri no terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Jika pemegang MyKad berangka ganjil, jantina pemegang ialah lelaki. Sebelum 1990, no KP dalam bentuk A####### kerana # merupakan no siri 7-digit dan no terakhir dalam siri no itu turut sama punya peranan membezakan jantina seperti siri no baru MyKad. Kod negeri asalnya ikut susunan alphabet nama2 negeri tapi sebab dah ramai rakyat, no tu bertambah. Sekarang, setiap negeri ada 2-5 kod masing2.


SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN


Johor – 01, 21, 22, 23, 24

Kedah – 02, 25, 26, 27

Kelantan – 03, 28, 29

Melaka – 04, 30

Negeri Sembilan – 05, 31, 59

Pahang – 06, 32, 33

Pulau Pinang – 07, 34, 35

Perak – 08, 36, 37, 38, 39

Perlis – 09, 40

Selangor – 10, 41, 42, 43, 44

Terengganu – 11, 45, 46

Sabah – 12, 47, 48, 49

Sarawak – 13, 50, 51, 52, 53

Wilayah Persekutuan (KL) – 14, 54, 55, 56, 57

Wilayah Persekutuan (Labuan) – 15, 58

Wilayah Persekutuan (Putrajaya) – 16

22 comments:

  1. wow...no tgh tu dah beso2 yerk....baru taw....ahakz

    ReplyDelete
  2. setiap no. ade makna tersendiri kan..eheh..pandai je diorg ni..=)

    ReplyDelete
  3. yang kod jantina tu akak baru tahu tahun lepas haha

    ReplyDelete
  4. muka dlm ic lama mmg mcm tah ape2 je tp bru ni tukar ic baru ok la plak.hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum awak. nice sharing! hehee. kelakar muka mr. bean. hihi. harap2 sheila sempat balik kampung beranak sana (",)

    ReplyDelete
  6. hebatlah sis..info berguna ni..

    ReplyDelete
  7. omgeee. ada gangguan elektrik? da ok tak sekarang nina? risau juga.
    PG singgah menabung. da beberapa hari tak mai menabung kat sini :)

    ReplyDelete
  8. Baru tau pasal nombor genap tu utk perempuan ☺☺

    ReplyDelete
  9. Orang yang tukang ambil gambar tu pun muka masam nak mamtuuuut aje aku tengok itu hari. Huh.

    ReplyDelete
  10. hahahahah rumah mcm disko?
    serious? :P
    Hihihi
    nak kawin dgn orang 03 hikkhik

    ReplyDelete
  11. ooo..macam tu yeaa..thanks nina...selamat ber"disco" ..he..he

    ReplyDelete
  12. baru tahu ada nombor di tengah bermula dengan nombor puluh 4...

    ReplyDelete
  13. gambar kat IC tak pernah memuaskan.ade je yang tak kena..huhu

    ReplyDelete
  14. saya seorang pemegang ic kuala lumpur dengan no 14..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kerana berkongsi Nina....kalau idak baca ni lupa memanjang OKje ni hehe

    ReplyDelete
  16. Info yang menarik..dan jadi menambah wawasan :)

    ReplyDelete
  17. aritu terjumpa ada org ic nyer (4 digit terakhir) bermula dgn no. 6..lazimnya bermula dgn no. 5

    ReplyDelete
  18. Owh.. baru tawu pasal jantina tu.. nice sharing ^_^ Kite 07 :)

    ReplyDelete
  19. Bukankah nombor tengah yang banyak(kecuali tentera)maksudnya ibubapa berKP merah(penduduk tetap)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com