10 Feb 2014

Bolehkah Kita Berkawan Dengan Bekas Kekasih?

Assalammualaikum.


Pejam celik, celik pejam dah dekat setahun kami berbaik dan menjadi kawan merepek di Whatsup. Boleh ke, mampu ke aku untuk berkawan dengan bekas kekasih. Sebenarnya semua ini terserah kepada hati kita mahu bagaimana. Selalunya selepas melalui masa pemulihan sebab PATAH HATI, biasanya kita akan masuk fasa menentukan sikap atau perasaan terhadap dia sama ada tetap berkawan atau menyingkirkan bekas kekasih dari hidup. Tips untuk letakkan ex anda di kedudukan yang tepat, ini boleh membantu:




Terus berkawan jika...


1. Sudah tidak ada lagi perasaan suka, rindu, kagum, marah etc.
2. Ketika masih berdua, hubungan hanya seperti kawan.
3. Kita tak cemburu bila dia menceritakan kekasih barunya.
4. Dia kawan yang menyenangkan untuk semua orang tapi aku jarang nak kongsi cerita peribadi dengan dia macam sewaktu bercinta dulu.


Jika kita berada dalam keadaan di atas, mungkin kita boleh berkawan. Apalagi kalau bekas kekasih kita masih ingat mengapa dulu dia jatuh cinta pada kamu dan boleh memberi dorongan jika memerlukan. Buruknya, jika kamu berdua masih SINGLE, takut kamu akan malas cari kekasih lain sebab kamu sudah selesa dengan bekas kekasih.



Dijadikan 'teman tapi mesra', jika...


1. Perasaan kamu terhadapnya sudah tiada, tetapi kamu menyukai saat2 mesra bersamanya. 
2. Kamu tak ingin makan malam atau malas muncul di khayalak bersamanya.
3. Setelah semmbang semalaman di telefon dengannya, perasaan kamu tetap stabil.


Punya 'teman tapi mesra' sebenarnya banyak senangkan perempuan. Kerana kamu dan dia sekadar 'mengisi sementara kekosongan'. Jangan sesekali bertanya kenapa dia masih tak mencari cinta lain sebab bila dibiarkan boleh menguris perasaan.





Cara hubungi sesekali, jika...


1. Kamu masih ingin tetap keep in touch, tetapi tak ingin tahu detail tentang hidupnya sekarang.
2. Dia orang yang tepat untuk meminta pendapat.
3. Kadang2 muncul perasaan menyesal telah putus, tapi lepas bertemu dengannya kamu yakin dia memang bukan orang yang tepat.


Ini kerana kamu tak lagi terlibat secara langsung dengan hidup bekas kekasih, sehingga kamu tak lagi ada kaitan dari segi emosi dan melihatnya sebagai individu, bukannya seorang kekasih yang pernah buat anda sakit hati.



Jauhi bekas kekasih, jika...


1. Bila memikirkannya bersama orang lain, boleh membuat kamu menangis.
2. Kamu berbohong kepada kawan2, padahal kamu diam2 keluar dengannya kerana kawan2 kamu tak suka.
3. Putus cinta dan sambung kembali lebih dari 2 kali dalam setahun.



Semakin membuat hidup kamu menderita!
Segera singkirkan dia dari hidup kamu. Ini akan membuatkan emosi tak stabil. "Ada orang tertentu yang pengaruhi seperti ubat bagi kamu. Mereka memberi tindak balas kimia di otak, melepaskan endorphin, adrenalin dan oxytocin. Akibatnya mental dan fizikal kamu seperti ketagihan kepada orang itu". 


24 comments:

  1. Ahahahaha betul lah tu.
    Sangat rare okay!!!
    Hahahha. Lawak :P
    Hihih mat kool matkool kawan ku~~~

    ReplyDelete
  2. Bagi aku depends pada situasi. Kalau berpisah dengan cara baik, nak jadi kawan mungkin boleh. Kalau secara tak baik, jawapannya NO. Tapi aku, kalau boleh nak elak kekal kawan dengan bekas kekasih. Huuu

    ReplyDelete
  3. kalau mcm sy.. erm. mcm xboleh jea berkawan dgn EX> heeee

    ReplyDelete
  4. rasenye ain tak boleh berkawan dgn ex.hehe

    ReplyDelete
  5. kita ok aje nina..dah tak ada jodohkan..terima aje..cari yang lain sebagi pengganti..he..he

    ReplyDelete
  6. bg saya, i dont think so
    sbb putus dulu pun banyak konflik terjadi
    so jalan penyelesaian
    elakkan dari ter ber jumpa
    bila ternampak or terjumpa buat2 tak kenal je
    anggap kenangan dulu is a big mistake in life hewhew

    ReplyDelete
  7. Pada aku lebih baik elakkan, sebab hati manusia kan, dalam hati siapa yang tau.

    ReplyDelete
  8. tips utk panjangan bercinta eak.. hehe . Hati n perasaan sesuatu y sgt2 sukar nak control . lg2 perempuan . lembut sgt hati . So , kalau berkwn tkot jatuh hati balik . Pilih utk xnk kwn. better kot . =)

    ReplyDelete
  9. Pakwe giler rare hahahahaa.. :P
    apa pun berdoa lah yang paling penting :D

    ReplyDelete
  10. Aku tak tahu sebab tak pernah cuba pun. Tapi bagi aku seorang lelaki dan perempuan tak kan boleh jadi kawan biasa tanpa timbul perasaan cinta dalam hati salah seorang dari mereka.

    ReplyDelete
  11. boleh je kawan semula .. mcm akak masih jd kawan fb sebab masing masing dah ada anak .. sesekali.. hubby pun terchatting dengan dia... ok je... pada akak asal jangan dok ungkit kisah bercinta dulu.. bahaya beb...

    ReplyDelete
  12. kalo saya la bila dah clash, memang takkan contact lagi.even contact number pun delete terus..hehe

    ReplyDelete
  13. sebenarnya ia memang tak menjadi masalah jika kedua-dua bersikap professional..cuma kena lupakan segala benda yang negetif jer kalau nak berkawan dengan ex nie..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. saya tak mampu berkawan dgn bekas kekasih lebih2 lagi kalau dia telah menjadi milik org..elak salah faham & konflik

    ReplyDelete
  15. walaupun dah x de perasaan, risikonya tetap ada.. bahaya.. hehe

    ReplyDelete
  16. Kak munna ex semua dah tak contact.... Malas lah....

    ReplyDelete
  17. pada pendapat Fiza elok dilupakan terus wlpun ada niat nk berkawan sbb tak nak kenangan lama diingat kembali.. tambah pula kalau dah bersuami.. tumpu je kat suami... ini pendapat Fiza yer...

    ReplyDelete
  18. nice entry..

    bg lya... jgn sesekali cuba bkwn smula.. sbb kt n dia pnh mjalin hubungan hati..dikhuatiri..hati blh terbalik semula.. in case, masing2 solo..itu no hal.. klo msing dh punya psangan hidup y HALAL... jgn sesekali.. byk kes jd sbb kmbali bkwn dgn kekasih lama..

    cuma, seandainya pergi kmana-mana & tserempak.. just say hi..senyum2 n ckp skjap time tu OK la.. biar stakat tu aje..jgn btukar no hp etc...

    ReplyDelete
  19. taksusah pun. ikut hati je. saya dengan ex bf saya pun dah jadi kawan. bestfriend lagi. haha siap main tarik tarik rambut dia lagi . hahaha

    ReplyDelete
  20. ada jodoh x kemana nina.. wlaupun ptus..klau msing2 ok..stilll bleh jadi kawan baik :)

    ReplyDelete
  21. wah..menarik info ni sis..

    ReplyDelete
  22. bagi akak berkawan tak salah nina.. dah takde jodoh dengan dia nak buat macam mana kan.. mana la tahu memang Allah takdirkan dia memang jodoh kita pasti akan bersatu balik.. hehe..

    ReplyDelete
  23. Menurut sy berteman baik buat siapa saja
    Tapi kalo yg buat satu ini...kayaknya harus pinter bagi jarak ya :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com