17 February 2017

Selamat Pengantin Baru SyaAwal


Assalamualaikum Readers..


Kompang dipalu pengantin malu, duduk bersanding termalu-malu. Ok yang baca entri ni sambung nyanyi. Haha.. Tahun ni housemate kerja kahwin saja. Alhamdulillah rezeki juga dapat makan nasi + air percuma. Kali ini lokasi di Sik, Kedah haa.. jarang nak masuk kampung-kampung kat sana. Paham kedalamannya ya ampun.



Tadaaaa pengantin belanja inai kita ON saja

Dah selamat jadi bini kawan sorang ni

Tahniah lawaa pelamin. Isteri tuan Awal



Terima kasih pengantin, susah-susah book homestay untuk kengkawan yang mai dari KL. Maka kami berempat saja yang tido dalam homestay dan datang sehari sebelum majlis. Malam berinai dapat conteng-conteng tangan, lama tak pakai inai. Seronok sekali sekala stay di "real" kampung. Air sejuk gila masa mandi pagi dan time subuh. Mana ada water heater 😢.




Muka sesuci lebaran. Ikin (biru) pandai makeup dah sekarang ni

Sepisis kaki selfie suka buat muka. Bak kata Pha Is. Kerja tengok muka Nina

Candid la sangat. Kerja laki sapa tak tau


Kenduri kali ini tak ada mood nak snap gambar lauk kenduri. Kitaorang rushing nak ke Sungai Lalang, Kedah pulak. Majlis bertandang Tuan Haris, entri sebelum ni ke kenduri sebelah Puan Farah di Jitra.


Majlis bertandang Haris. Baikkan kami 2 belah kenduri attend. Laki bini kawan study katakan. Who NEXT? tunggu entri seterusnya



SELAMAT PENGANTIN BARU NORSYAQIRA MUSTAFFA & MOHAMAD SHAWALRUDDIN ABDULLAH 😃



27 JANUARI 2017




2 comments:

nohas said...

kenduri di kpg, lauk-pauk mesti sedap2..

Selamat pengantin baru kpd pengantin..

Mrs. A said...

Amboi! happeningnyer...

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com