21 June 2019

Cerita Aidilfitri 2019

Assalamualaikum Readers
 
 
Alhamdulillah, selamat sebulan kita berpuasa, cukuplah 6 hari cuti raya tahun ni. Apa beza raya Nina tahun ni? Sama dengan tahun lepas #teamrayalena. Ya, 1 Syawal 1440H, lepas solat hari raya dengan mak di masjid, balik rumah makan dan lena. Raya tahun ni frust sebab baju raya, tailor lewat pos dan duit raya tak meriah macam tahun lepas. Sob.. sob.. Syukur masih dapat beraya dengan parents lagi.

 
Hari Raya Ke 2 (6.6.19)
 
 
Pagi raya, semua family sebelah mak berkumpul di rumah pak long, dimulakan dengan bacaan yassin, sesi makan-makan, sukaneka dan lain-lain. Gambar makanan memang tak pernah nak snap. Majlis tak habis lagi, Nina terpaksa balik kampong sebelah bapa. Nasib 1 negeri. Tiap-tiap tahun ada bacaan yassin, makan-makan dan selfie di rumah pusaka Tok. Paling best ada DURIAN BALIK PULAU!
 
 
Sebelum bacaan yassin diketuai sepupu
 
Potluck
 
Durian Balik Pulau
 
Bersama bapa yang tersayang

Hanya ini saja yang tinggal, pak su dah balik

Anak, cucu dan cicit Mohd Zin yang datang

 
 
Tahun ni, tak dapat banyak duit raya macam tahun lepas, sebab dah war-war nak bertunang. Sadisnya.. Lepas makan-makan, sembang dan selfie. Itulah kerja yang dibuat hari raya ke 2 selain masak bihun goreng untuk potluck.
 
 
Hari Raya Ke 4
 
 
Sebelum start kerja, marilah ternak lemak di majlis kenduri kahwin bekas officemate Mattel memerangkap SA Honda Juru sekarang. Tahniah Wanie dan Zikri!! Cantik sangat macam Barbie doll.
 
 
Tahniah Wanie & Zikri

 
 
Hari Raya Ke 12 (16.6.19)
 
 
Rayakan sebulan, baru dapat mai beraya dengan family bf, ada makan-makan. Banyak kali dah abah dan mama bf belanja makan sampai naik segan. Disebabkan itu, niat Nina nak bagi duit raya untuk adik-adik bf, dapat merasa popia carbonara sedap Aqilah buat.
 
 
Sweetnya bakal adik ipar ni, paling manja dengan Nina

Nanti nak buat lah. Boleh makan puas-puas

Terima kasih mama bf

 
 
Sambil beraya sambil buat insurans dengan mama bf. Hehe.. Alhamdulillah dapat duit raya. Memberi dan menerima. Itulah memori raya tahun ini. Maybe tahun depan dapat beraya sebagai isteri. Kahkah..
 
 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pembaca dan blogger, mana tau ada tersalah bahasa dan perasaan ke.    


2 comments:

  1. Untungnya masih dapat duit raya, kak Nina. Kita dapat dari parents kita dengan kakak kita je.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com