4 June 2019

Spicy Chicken Korean Burger McDonald's


Assalamualaikum Readers
 
 
Spicy Korean Burger McDonald's | Spicy Chicken Korean Burger McDonald's | Akhirnya, dapat juga menikmati kelazatan McD Spicy Korean Burger yang baru iaitu patty ayam! Malam raya baru terhegeh-hegeh nak cari tudung raya untuk mak disebabkan baju raya Nina tak dapat pos. Curier pun nak cuti raya jugak. Sabaq jelah dengan tailor. Tahun 2017, dah ada burger ni tapi hanya ada patty beef saja. Yang belum cuba, cepat ke McD.


Packaging kotak simple


Nampak beshe-beshe

 


 
Walaupun rupamu hitam tetapi memikat. Macam orang la juga, hitam tapi manis. Eh eh.. Rasa kali ini sedap dan pedas. Ramuan yang sama macam dulu, patty ada perisa kimchi, sayuran, grilled unions, keju dan spicy Korean sauce yang meleleh. Kat Penang ni ada satu branch McD yang paling Nina suka sebab lokasi dalam mall biasa-biasa (Megamall Perai - dah jadi port indon, bangla etc untuk lepak). Stafnya tak kedekut bahan-bahan, semuanya sos lebih, keju lebih, isi durian lebih.
 
 
Patty ayam yang besar dan lembut

Spicy Chicken Korean Burger McDonald's dengan sos meleleh


 
Packaging burger pun menarik, comel. Yang penting rasanya tak berubah dan kelembutan burger hitamnya. Isi ayam pun besar. Cubalah sebelum habis promosi. Nina bagi 🌟🌟🌟🌟🌟
 


7 comments:

  1. nampak sedappp...lps pindah rumah ni rs mcm dah lama x mkn mekd...yelah dulu mekdi blkg rumah je

    ReplyDelete
  2. Mrs. A pun baru je makan last week tapi tulah walaupun ada chicken tetap gak pilih beef

    ReplyDelete
  3. terliurrrr..
    nk kene merasa jgk ni

    ReplyDelete
  4. hari tu nak pi makan kat mcd seberang jaya, yg chicken nyer habis pulak.

    ReplyDelete
  5. saya buka beef, Ya Allah sedap gilaa

    ReplyDelete
  6. Encik suami dah makan.. Tak sedap katanya.. hehehe..
    Lain tekak lain penerimaannya kan nina..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com