30 Jan 2023

Alpecin Caffeine Shampoo C1

 Assalamualaikum readers


Alpecin Caffeine Shampoo C1 | Nampaknya pencarian shampoo yang sesuai perlu diteruskan. Sebenarnya shampoo Alpecin ni memang berkesan suburkan rambut dalam masa seminggu tapi masalah keguguran rambut masih berlaku. Bila check kandungan bahan ada SLS (Sodium Laureth Sulphate). Kalau boleh nak stop terus penggunaan produk yang ada SLS.


Alpecin Caffeine Shampoo C1 - RM 25 (beli di Shopee, pastikan yang ori)


Alpecin Caffeine Shampoo C1 antara syampu terbaik untuk rambut gugur. Dirumus dengan bahan penting seperti kafein, zink dan niacin, ianya meresap jauh dan menyuburkan rambut secara efektif. Meransang pertumbuhan rambut baru dan melegakan kulit kepala. Memang best guna sebab rasa sejuk di kepala



Ramai tak tahu kesan dos kafein yang tinggi dalam syampu ini. Digunakan ramai atlet untuk melawan rasa mengantuk, meningkatkan daya tahan dan meningkatkan bina badan. Walaupun kafein telah dibuang dari senarai World Anti-Doping Agency (WADA) sebagai bahan terlarang pada tahun 2004, ia terus dipantau untuk memastikan tiada penyalahgunaan.



Dr Kurt Wolff memasukkan amaran pada setiap botol bagi memaklumkan para atlet yang Alpecin Kafein boleh dikesan dalam folikel rambut. Amaran itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk para atlet dan mengelakkan kejutan atau akibat yang buruk.

6 comments:

  1. lain mcm tu dos kafein tinggi dlm syampu

    ReplyDelete
  2. kat watson pun lbh kurang jg tp x semua watson ada syampu ni... hehe sy tahu sbb baru pegi smlm

    ReplyDelete
  3. Tak sangka kafein dalam syampu boleh serap dalam sistem badan ye

    ReplyDelete
  4. apa shj yg ada vit A & C boleh bantu kurangkan masalah rambut gugur

    ReplyDelete
  5. Rasa sejuk kepala lepas bilas rambut dengan air tu yg best

    ReplyDelete
  6. Suka betul kalau syampu yang lepas pakai rasa sejuk je kepala..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com