Assalamualaikum readers
Kelebihan Berhenti Layan Media Sosial | So far alhamdulillah, jiwa lebih tenang bila dah delete FB, deactive IG dan fokus pada blog semata-mata. Jadi, 90% life family, cousin, kawan Nina tak pernah ambil tahu. Serius tenang! Tak tahu langsung apa yang dah jadi. Bagusnya kita tak perlu bandingkan life dengan orang lain.
Sebenarnya dalam blog pun bukan 100% Nina share personal life. Kalau dulu rajin update di IG story then hubby minta kami privatekan life dari public. Share sikit-sikit sudah la. Ingat artis semua benda kena share 😂 Dah macam satu penyakit pulak. Berlumba-lumba share 'kebahagiaan' rumah tangga. Sekali orang kidnap laki/bini baru ada otak. Kita kena tahu manusia zaman sekarang dia tak boleh tengok manusia lain bahagia.
Tanpa sedar tabiat mindless scrolling di media sosial banyak mencuri masa lapang kita. Tangan tanpa telefon, banyak tugasan yang mampu disiapkan. Weekdays, balik kerja habiskan masa dengan anak, teman MIL tengok TV. Fon Nina, Harraz akan konker dan continue sampai weekends.
Dunia 'tipu-tipu' media sosial yang wajib tayang life bahagia dan kaya raya. Kita yang melihat mula wujud rasa cemburu dan terbit rasa tidak bersyukur dengan kehidupan sendiri. Well, bila berhenti peduli tentang semua itu, akan sedar bahawa kehidupan sekarang lebih baik dari hidup berlandaskan angan-angan.
- Hal peribadi simpan sendiri
Jika dulu semua benda nak sebar di socmed. Dah macam ketagihan. Sekarang, hal peribadi yang manis, masin, pahit, kejayaan atau kegagalan dikongsi dengan mereka yang dekat. Sejak stop socmed, Nina boleh kira dengan jari kawan-kawan yang contact atau telefon. Itu rakan yang sebenar.
Kita hanya ada 24 jam untuk fokus pada diri dan mental sendiri. Lakukan perkara yang terlepas sebelum ini. Ia berbaloi untuk hidup kita yang sementara ini.
Perlahan-lahan tinggalkan socmed, bermula dari seminggu dan kemudian sebulan. Lama kelamaan, kita akan lupa dan selesa dengan dunia realiti. Tiada alasan 'nanti tak tahu dunia luar, terlepas berita penting atau tak tahu hal keluarga dan kawan'. Kalau mereka rasa kita penting. Telefon kan ada?
Selamat beramal!
Tahniah Nina berjaya 'bebaskan' diri dari Fb & Ig 👏
ReplyDeleteAkak masih ada dua tu, tapi fokus menulis blog. Lebih kepuasan dan kurang 'bising'.
Betul tu ... Sy dah tinggalkan twitter.. Fb sy just online dr laptop sahaja.. IG pun mmg jarang dh buka.. sy masi main cuma dah tak addict mcm tu.. fokus dgn blog sahaja.. tak byak fikir sgat apa yg menarik di media sosial skrg
ReplyDeleteBetul tu, tahun lepas saya dah start kurangkan bermain media sosial. Lebih banyak masa dapat diluangkan untuk perkara2 yg lebih produktif. Tapi saya sayang nak deactivate sebab byk memories anak2 zaman kecik dulu. Lagipun bila duduk di perantauan ni, media sosial la tempat mengikuti keadaan semasa ahli keluarga di Sarawak.
ReplyDeleteWak pun cuma ada blog aje
ReplyDeletesetuju tu. banyak faedah bila kita berhenti luang masa dengan media sosial. automatik jiwa tenang. haaa itu yang paling mahal. thanks for sharing!
ReplyDeleteBetul. Fasa Eza sekarang nak fokus diri sendiri dan keluarga sahaja. Lebih bahagia begini.
ReplyDeleteSocmed memang selalu membuat kita lalai.
ReplyDeleteAkak ada FB cuma ikuti produk/barang. Hehe itu sahaja. Malas tambah orang.
ReplyDeleteBetul tu. Kadang tu media sosial ni menyebabkan kita kurang produktif. Banyak masa dihabiskan untuk scroll Fb.
ReplyDeletehmm... bagus jugak dpt delete med sos semua tu... sy pun sedang berusaha x aktif di medsos
ReplyDeletebetul tu, lebih suka share dekat blog. dekat socmed yang lain mmg tak dah
ReplyDeletekalau tak kerana kerja, mmg tak hadap laa socmed ni... kekdang mmg terjebak jg...
ReplyDeletebagi peniaga mmg tak boleh lari daripada socmed. tp yg bukan peniaga ni, kena laa pandai2 urus masa, jaga diri, jg adab...
ReplyDeletePernah buat masa kronik depression dulu atas cadangan doktor. Memang setuju dengan entry Nina. Hidup lebih tenang
ReplyDeletesya pun memang setuju dengan semua kesan ni! kadang sya selalu deactivate ig jugak untuk mencari ketenangan hahah
ReplyDeleteAlhamdulillah . Tahniah nina .. Bukan senang taU nak move on dari media sosial ni .
ReplyDeleteSha twitter memang tak terkejar.. Tiktok tak pernah ada.. Yang rajin IG dan FB sbb jadikan tempat simpan memori.. Bagus juga perkongsian Nina ini..
ReplyDelete